18 Nov

US Stock di dalam bullish trend…atau bull pencen?

Salam.

Di dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang FANG- Facebook, Amazon, Netflix, Google- yang mana merupakan pillars kepada US stock market.

Cuba anda bayangkan satu meja makan…ada 4 kaki kan? Nah, kalau salah satu dari 4 tiang kaki ini patah, bagaimana keadaan meja makan tu? senget? bagaimana pula kalau ke empat-empat kaki tu patah? Mesti lagi teruk kan?

Sekarang saya ambil Facebook sebagai contoh. Cuba anda perhatikan chart di bawah:

fb 18 nov 2015Lihat di bahagian bawah chart ini; MACD crossover dan histogram bar telah pun berada di bawah paras 0.00. Semalam, anda boleh lihat satu hammer telah pun terbentuk dengan lower shadow yang panjang – menandakan buyer cuba mempertahan kan area tersebut. Saya tidak terkejut sekiranya harga stock ini tidak boleh melepasi paras resistance 110.65. Sekiranya ini berlaku, maka ada kemungkinan kita akan melihat double top pattern bakal berlaku.

Anda boleh lihat situasi yang sama berlaku di chart Amazon dan Google. Di Netflix lain ceritanya. Nanti saya ceritakan.

Buat pengetahuan anda, S&P 500 – benchmark kepada US Stock- telah berada di dalam bull market melebihi 6 tahun. Secara teorinya, bull market cycle biasanya hanya berlaku selama 4 tahun. Jadi mungkin bull market di S&P telah pun agak tua…bull pencen?

S&P 18 Nov 2015Garisan merah tu? Ia adalah 200 SMA. Lihat bagaimana price sudahpun berada di bawah 200 SMA. Zon resistance  2116/37 merupakan area terbaik untuk saya short index ini. Jika price tidak berjaya naik setinggi itu, paras 2100 juga adalah pilhan yang baik untuk saya short. Near support terletak pada paras 2000.

Kesimpulannya, dengan FANG yang berada di dalam masalah dan S&P yang berada di dalam trend bull pencen, ada kemungkinan besar kita akan melihat kejatuhan di dalam US stock market di dalam jangkamasa terdekat.

Happy pipping!