US Stock: 4 stock yang perlu saya dan anda miliki

Salam.

Menjelang Disember ini, cakap-cakap berkenaan kemungkinan Fed akan menaikkan kadar interest rate nya sudah semakin kencang. Ini di kuatkan lagi dengan data dari NFP yang sangat baik dan pada masa yang sama, mengejutkan.

Bagi seorang trader currency, situasi ini akan menyebabkan mereka confuse dan teragak-agak untuk mengambil position. Terutamanya sekali yang berkaitan dengan USD pair. Dengan mengambil contoh EURUSD yang seperti sudah sampai ke satu paras support yang kuat, traders tidak pasti sama ada price boleh bounce atau break dari paras support tersebut. Dan kebanyakan nya akan mengambil jalan selamat; stay out of the market.

Ini kerana ketidaktentuan seperti ini akan menyebabkan traders mengambil position based on gerak hati, sentiment dan hearsay – yang mana ini bukanlah kaedah terbaik untuk trade.

Saya akan mengambil pendekatan yang berbeza. Sangat berbeza sehinggakan saya memilih untuk tidak trade currency (terutama yang berkaitan dengan usd) tetapi akan terus ke US stock market.

Kenapa US stock market? Kenapa bukan Bursa Malaysia? Terlampau banyak kelebihan US stock market berbanding Bursa..insya allah satu hari nanti saya akan terangkan; itu pun jika anda benar-benar ingin tahu.

Di dalam memilih stock mana yang akan saya trade- beli atau jual, saya akan mencari stock yang kebal dari pengaruh Fed interest rate. Dan setelah membuat beberapa kajian penting, saya memilih 4 stock ini, Facebook, Amazon, Netflix dan Google – yang juga di kenali sebagai FANG.

fb 17 nov 2015Facebook – harga semasa ialah $104.04.

amazon 17 nov 2015Amazon – harga semasa $647.81

netflix 17 nov 2015Netflix – harga semasa $111.35

google 17 nov 2015Google – harga semasa $728.96.

Baik. Itu adalah senarai 4 stock yang akan saya mulakan. Jika anda ingin trade US stock, 4 inilah yang saya cadangkan kepada anda. Ingat – FANG. Next time saya akan ceritakan bagaimana saya dan anda boleh membeli atau menjual stock-stock ini dengan modal yang kecil.

Happy pipping!

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *