20 Feb

Terima kasih traders di Sabah – Kota Kinabalu & Sandakan!

Minggu lepas sy berkesempatan untuk berkunjung ke Sabah, lebih tepat lagi ke Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan para traders dan wannabe traders di Starbuck, Warisan Square.

Alhamdulillah, saya nampak masing-masing begitu bersemangat untuk menjadi seorang trader – lebih tepat lagi, trader yg profit. Ada di antara mereka yang sudah 3-4 tahun menjadi trader tetapi masih lagi belum konsisten. Ada juga yang baru hendak mengenali dunia trading tapi nampak begitu teruja.

Insya Allah with a lot of practise, saya yakin mereka akan berjaya.

Next stop sy ke Sandakan untuk ke kelas Analisis Teknikal Harga Emas. Kelas ini khusus untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak – menggunakan ilmu analisis teknikal untuk membeli emas fizikal Public Gold.

Oleh kerana kelas ini adalah kelas basic, maka ianya senang di ikuti oleh para pelajar yang rata-rata tidak mempunyai basic langsung. Mudah, ringkas dan menepati objektif.

Terima kasih Sabah! Kita berjumpa di lain hari. Insya Allah!