11 Aug

Apa yang anda faham tentang Gold-Silver ratio?

Salam.

Sebagai seorang investor atau peminat emas, anda sudah tentu pernah mendengar istilah seperti Gold-Silver ratio. So, apa yang anda faham tentang ratio ini? Di dalam bahasa yang paling mudah, ratio ini bermaksud bilangan ounce (oz) silver yang di perlukan untuk menyamai 1 oz gold.

Sebagai contoh; jika harga gold ialah $1000 per oz (amin!) dan harga silver pula ialah $20 per oz, maka ratio nya ialah 50:1. Dan ketika saya menulis artikel ini, harga gold berada pada paras $1345 per oz manakala harga silver pada $20.15. Oleh yang demikian, gold-silver ratio sekarang ialah 66:1.

Seperkara yang menarik tentang hubungan antara gold dan silver ini ialah selain dari kedua-duanya tergolong di dalam kategori precious metal atau logam berharga, mereka juga mempunyai positive correlation antara satu sama lain. Maksudnya, jika harga gold naik, silver juga akan naik. Begitu juga sebaliknya.

Sedikit fakta sejarah yang ingin saya kongsikan dengan anda:

  1. Gold-Silver ratio ini pada asalnya di tetapkan oleh kerajaan sebagai salah satu langkah menstabilkan sistem kewangan negara.
  2. Rekod paling awal berkaitan dengan penetapan ratio ini telah di catatkan oleh kerajaan Roman iaitu pada ratio 12:1.
  3. Kerajaan US melalui Mint of Act 1792 menetapkan ratio ini pada kadar 15:1.
  4. Ratio ini pernah meningkat sehingga ke paras 98:1 pada tahun 1939 di zaman pemerintahan Presiden Roosevelt. Ini adalah kesan dari penetapan harga gold pada harga $35 per oz.
  5. Kesan dari penamatan Perang Dunia ke 2  dan Brenton Woods Agreement pada tahun 1944, yang mana kadar tukaran asing (foreign exchange rate) telah di ikat pada harga gold, ratio ini telah turun sehingga ke paras 15:1.
  6. Bermula dari tahun 1970 an yang mana menyaksikan pemansuhan gold standard dan membawa ke tahun 1980 an dan 1990 (harga silver jatuh serendah $4 per oz), ratio ini telah meningkat kepada 100:1.
  7. Secara purata, di dalam era 2000 an, gold-silver ratio ini berlegar sekitar 50:1 kepada 70:1. Paling rendah di catatkan pada paras

Untuk investor yang lebih hardcore, mereka akan menggunakan gold-silver ratio ini sebagai satu tools untuk hedging.

Sebagai investor yang bijak, saya cadangkan anda mulakan dengan menyimpan emas dahulu. Dan kemudian barulah memulakan simpanan silver anda. Bahagi kan portfolio anda kepada 70:30; dengan 70 kepada gold dan silver sebanyak 30.

Selamat menyimpan!

Gold-Silver ratio

 

10 Jul

Kelas Forex/Index/Spot Gold Group Coaching

Salam.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada anda semua. Di sini saya upload kan jadual kelas Group Coaching untuk bulan 7 dan 8.

Tarikh:

  • 23 & 24 Julai (Sabtu dan Ahad)
  • 1 & 2 ogos (Isnin dan Selasa)

Masa: 9.00 am – 5.00 pm

Tempat: TheCandles, Sunway

Fee: RM1599

Pendaftaran: 0129965946 (wasap/tele)

Poster coaching Julai 2016

Poster coaching Julai 2016

21 Jul

Video Mentoring untuk Spot gold dan Currency trading

Salam.

Jika anda sudah mempelajari serba sedikit ilmu berkaitan dengan online trading, maka langkah seterusnya adalah untuk memantap kan nya lagi dengan tunjuk ajar atau guide dari trader yang lebih berpengalaman.

Salah satu cara nya ialah dengan melanggan sesi Video Mentoring dari saya. Buat pengetahuan anda, sesi Video Mentoring ini akan di adakan setiap hari Isnin dan Rabu, di mana setiap client akan mendapat link terus ke email mereka. Kebiasaan nya, setiap sesi akan mengambil masa selama 20 minit.

Di dalam setiap sesi, saya akan bahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi fundamental dan teknikal. Saya juga akan memberikan trade idea dan trade setup untuk pair yang mempunyai potensi. Pendek cerita, saya akan filter kan pasaran untuk anda trade.

Mudah kan?

Di bawah ini adalah sample terkini sesi Video Mentoring yang telah saya siapkan untuk para student saya semalam;

JIka anda ingin melanggan servis ini, bayaran yang saya kenakan hanyalah RM400 untuk sesi Video Mentoring selama 6 bulan. Maknanya, anda akan menerima sebanyak 48 sesi video mentoring (8 sesi sebulan x 6 bulan). Cukup banyak?

Pembayaran boleh di buat terus ke akaun Maybank 5541 1010 5387 Candlestick Consulting. Kemudian, whatsapp slip payment beserta nama penuh dan email ke address ke nombor 012-9965946.

Saya yakin imu yang saya kongsikan dengan anda semua di dalam sesi ini akan dapat membantu anda memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan anda di dalam dunia online trading.

Terima kasih dan selamat belajar!