Analisis Teknikal Harga Emas 18 Dis 2017

Salam.

Satu persolan yang sedang bermain di dalam fikiran saya, “Jika kenaikan interest rate oleh Fed tidak berjaya menolak jatuh harga emas, then apa lagi news yang boleh?”

Memandangkan kita juga telah menghampiri pertengahan bulan Disember, maka ada kemungkinan harga emas telah pun mencapai paras terendah nya di $1236 untuk bulan ini. Dan berdasarkan kepada pergerakan harga emas 2-3 tahun yang lepas, ada kemungkinan juga ini adalah permulaan kepada bullish move dari emas.

Sudah tentu saya akan melihat kepada faktor fundamental lain seperti kegilaan Trump, dasar baru Fed di bawah chairman yang baru, next stage untuk Brexit dan QE program di Euro. Selain dari itu, faktor Bitcoin  dan other Cryptos juga akan di ambil kira memandangkan ianya adalah fenomena terbaru dan ada juga membandingkan nya dengan emas. Oh ya, saya juga akan memerhatikan pasaran indeks ; S&P, Dow dan Nasdaq untuk sebarang pullback (atau reversal?).

Apa pun trading sedang menghampiri ke penghujung tahun 2017 yang mana secara tradisi nya akan agak slow kerana di penuhi dengan cuti hujung tahun. Jadi ini merupakan minggu terakhir untuk sebarang big movement berlaku. Jikalau anda seorang aktif trader, berhati-hati lah ye.

Terima kasih.

FOMC 14 Dis 2017: Apa yang telah berlaku?

Salam.

FOMC terakhir untuk tahun 2017 telah pun selesai jam 3.00 pagi tadi dengan Press Conference terakhir oleh Janet Yellen di adakan jam 3.30 pagi tadi. Sebagai seorang pelabur emas dan perak, mari kita lihat apa key point FOMC tersebut.

  1. Fed menaikkan interest rate sebanyak 25 point basis; dari 1.25% kepada 1.50%. Ini memang sesuatu yang telah di jangka. Selain itu, Fed juga di jangka membuat 3 kali kenaikan rate untuk tahun 2018.
  2. Yang tidak di jangka ialah bagaimana Fed mensasarkan kadar inflasi yang agak tame atau rendah untuk tahun 2018. Ini agak mengejutkan para pemerhati pasaran.
  3. Kesan nya, harga emas meningkat ke paras $1256,90 dan tutup pada paras $1255. Harga perak pula meningkat sehingga ke paras $16.13 dan di tutup pada paras $16.01.
  4. Faktor lain yang di ambil kira ialah tax reform yang di perkenalkan oleh President Trumpet dan juga perubahan kepimpinan di Fed sendiri; apabila Jerome H. Powell di jangka menggantikan Yellen bermula Februari 2018.
  5. US Dollar index jatuh kesan dari FOMC tersebut – ini merupakan sesuatu yang positif kepada harga emas manakala harga Nymex Crude oil juga melemah. Kedua – dua ini adalah outside faktor untuk harga emas.
  6. Ia mungkin suatu kebetulan (atau mungkin tidak) ketika harga emas mencapai paras tertinggi nya, harga bitcoin jatuh dan di hentikan sementara kerana masalah volatility.
  7. Data lain yang di keluarkan:  CPI  mencapai sasaran nya pada 0.4% manakala CPI core lebih lemah dari yang di jangkakan iaitu pada 0.1%.

Secara teknikalnya;

Harga emas masih lagi berada di dalam bearish trend despite kenaikan harga yang telah berlaku.

Gold bull’s target: Break dan close di atas $1275 dengan paras resistance terhampir terletak pada $1260 dan $1267.

Gold bear’s target: Break dan close di bawah paras $1214.50 dengan paras support terhampir terletak pada $1250 dan $1242.30.

Wyckoff market rating: 3.5

Untuk harga perak pula, ianya masih lagi berada di dalam trend bearish.

Silver bulls target: Break dan close di atas resistance $16.50 dengan paras resistance terdekat terletak pada $16.25 dan $16.35.

Silver bear’s target: Break dan close di bawah paras support $15.22 dengan paras support terhampir terletak pada $15.80 dan $15.65.

Wyckoff market rating: 3.0

Anda boleh baca artikel asal nya di sini:

http://www.kitco.com/news/2017-12-13/Gold-Silver-Rally-In-Wake-Of-FOMC-Statement-That-Sees-Tame-Inflation.html

Dan juga di sini:

https://www.marketwatch.com/story/fed-raises-interest-rates-and-makes-few-changes-to-outlook-ahead-of-transition-to-powell-2017-12-13

Terima kasih.