Crude Oil 20 April 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Crude oil sebelum ini berada di dalam satu channel menaik sebelum candle hari Rabu melakukan satu breakout di bahagian atas channel ini.
  2. Breakout ini bukan lah sesuatu yang saya favour kerana ianya adalah rising channel yang ideal memerlukan ianya breakout di bahagian bawah atau support channel ini. Oleh yang demikian, saya tidak mengambil sebarang position di pair ini.
  3. Semalam, candle yang close kembali di area resistance (upper channel) yang telah di break. Now, ada 2 kebarangkalian. Yang pertama, price menggunakan resistance  yang kini menjadi support sebagai bounce area untuk naik lebih tinggi ATAU price kembali semula ke dalam channel lantas menghasilkan false break.
  4. Saya tidak favour di senario yang pertama kerana sifat rising channel itu. Tetapi, jika senario kedua berlaku, ini adalah satu peluang untuk saya membuka sell position. Target saya ialah oil boleh kembali ke area $64.00.
  5. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Terima kasih.