31 May

Jadi trader ni kene melekat depan komputer 24 jam? Taklah!

Salam.

Salah satu mitos yang sering saya dengar dari mereka yang ingin belajar trading ialah sebagai trader, kita kene ‘melekat’ depan komputer, laptop, henpon 24 jam sehari. Tak boleh miss, tak boleh tinggal langsung.

Adoi! Penat macam tu!. Silap-silap boleh mati depan laptop ni.

Kita tak perlu buat macam tu sebenarnya. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan memilih sesi trading yang sesuai dengan masa lapang kita. Jadi kita boleh lah trade dengan hati yang tenang, tak payah terkejar-kejar, tak payah ngadap sangat laptop tu dan boleh tidur dengan aman. Macam mana tu?

Secara amnya, terdapat 3 sesi trading;  sesi Asian, European dan US. Cuba perhatikan diagram di bawah:

Berdasarkan kepada diagram ni, anda dapat lihat market akan open dengan pasaran Australia (Sydney) sekitar jam 5.00 am. Walaubagaimanapun, market Australia bukan lah market utama yang di perhatikan oleh trader. Sebaliknya, trader biasanya memilih untuk trade di waktu Japan (Tokyo) open iaitu pada jam 7.00 pagi waktu Malaysia. Di sinilah the real Asian session bermula.

So, kalau anda baru nak masuk keje jam 8.00 pagi, sesuai tak nak trade Asian session? Kalau tak sesuai, jangan. Setelkan keje kat opis dulu. Kang kantoi dengan bos pulak.

Next, kita ada market London yang di buka pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Satu jam selepas market London open, kita akan melihat beberapa market di Europe seperti di Frankfurt (Germany) ,Paris (France) dan Geneve (Swiss) akan bermula. Pertembungan antara market London dan sekutu Europe nya menjadikan waktu petang sangat ceria untuk para trader.

Di mana anda ketika itu? Sedang meeting kah?

Sessi terakhir ialah US session yang bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 3.00 pagi. Kebanyakan trader yang sebuk di waktu siang akan menumpukan perhatian kepada sesi ini. Ini kerana selain dari waktu open sesi US, biasanya terdapat news-news besar yang boleh menggerakkan pasaran berlaku; sekitar jam 8.30 sehingga jam 10.00 malam.

Bagaimana dengan anda? Kalau sesi Asian tak sempat, Europe terlepas, US session ialah pilihan terbaik. Concentrate di sini. Peruntukan 3-4 jam semalam sahaja. Tak perlu sampai jam 3.00 pagi. Kalau tak, esok nak pegi keje, mata macam panda bear.

And lastly, kalau kawan-kawan ajak ngeteh time ni, cakap anda bz, ada urusan membangunkan kewangan keluarga. Anda kan trader.

Semoga berjaya!

Shufaad.

20 Feb

Terima kasih traders di Sabah – Kota Kinabalu & Sandakan!

Minggu lepas sy berkesempatan untuk berkunjung ke Sabah, lebih tepat lagi ke Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan para traders dan wannabe traders di Starbuck, Warisan Square.

Alhamdulillah, saya nampak masing-masing begitu bersemangat untuk menjadi seorang trader – lebih tepat lagi, trader yg profit. Ada di antara mereka yang sudah 3-4 tahun menjadi trader tetapi masih lagi belum konsisten. Ada juga yang baru hendak mengenali dunia trading tapi nampak begitu teruja.

Insya Allah with a lot of practise, saya yakin mereka akan berjaya.

Next stop sy ke Sandakan untuk ke kelas Analisis Teknikal Harga Emas. Kelas ini khusus untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak – menggunakan ilmu analisis teknikal untuk membeli emas fizikal Public Gold.

Oleh kerana kelas ini adalah kelas basic, maka ianya senang di ikuti oleh para pelajar yang rata-rata tidak mempunyai basic langsung. Mudah, ringkas dan menepati objektif.

Terima kasih Sabah! Kita berjumpa di lain hari. Insya Allah!

02 Dec

Cepatnya masa berlalu, now its December already!

Salam semua.

Memang betul masa sekarang cepat betul berlalu. Mat salleh kate ‘time flies’. Pejam celik, pejam celik dah bulan end of 2016, dah sampai bulan Disember pun. Kalau anda jenis yang rajin buat azam baru setiap tahun, cuba cek balik. Yang mana dan capai, yang mana jadi capati. Kalau dapat 50% pun saya rasa dah cukup bagus tu.

Untuk saya, sepanjang 2016 ni trading has become so challenging. Sebagai trader, kita dah lalui Brexit (Jun) dan US Presidential Election (Nov). Now tengah tunggu FOMC this coming December; nak tengok sama ada Fed akan naikkan rate atau tidak. Selain dari itu juga, berlaku satu insiden yang di gelar ‘Fat Finger’ sekitar Oktober; yang mana puncanya di percayai oleh komputer programming error.

Dari segi trading, USD Index telah mencatatkan paras tertinggi, begitu juga dengan Dow dan S&P. Gold pula nampaknya sudah break paras 1200 dan berada di sekitar 1170. GBP terpaksa saya tinggalkan dahulu kerana impak dari Brexit ini masih lagi kuat. Jpy yang sangat kuat tahun ini sedang mengalami fasa retracement. dan CAD…yes, saya merasakan CAD berpotensi untuk menjadi lebih kuat tahun hadapan. Sebab? persetujuan yang di capai oleh OPEC baru-baru ini mungkin akan definitely stabilkan harga oil dan secara tidak langsung akan membantu mengukuhkan loonie.

Nonetheless, anything can happen in trading. Sebagai seorang trader, kita hanya trade apa yang kita nampak, bukan apa yang kita rasa. Ikut rasa binasa.

Happy trading guys, saya update kan more info later on ye. TQVM