Analisis Teknikal: Gold – 29 Mei 2017

Salam.

Dengan satu long white candle yang break dan close di atas resistance zone 1260/64, saya melihat ini adalah petanda positif kepada bulls di market gold. Ini juga akan membuka peluang kepada harga emas untuk mencabar kembali paras resistance 1295.56; harga high 2017 yang di catatkan pada 17 April lepas.

Ini di sokong oleh pergerakan price yang berada di atas 20 MA dan MACD yang menunjukkan bullish momentum.

Jika anda zoom ke time frame M15, anda dapat lihat bagaimana price bounce dari area support 1264.

Selain itu, paras high 2017 ini di lihat sebagai satu resistance area yang kuat berdasarkan kepada candlestick pattern yang terbentuk di area tersebut. Jika tiada faktor fundamental yang menyokong kenaikan ini, saya lihat area resistance 1295/1300 merupakan area yang cantik untuk seller kembali di dalam market.

Apa pun, buat masa ini saya masih lagi bias bullish untuk gold.

Shufaad

Save.Invest.Trade

 

Analisis Teknikal: GBPJPY – 11 Mei 2017

Salam.

Berdasarkan kepada chart GBPJPY di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana GBP telah menguat sejak 17 April 2017 berbanding JPY. Bullish run ini merupakan impact dari post Brexit dan beberapa data ekonomi yang bagus dari UK.

Menjadi penghalang kepada pair ini ialah satu paras resistance 148.40 yang kali terakhir di catatkan pada 15 Dec 2016. Pullback adalah satu kemungkinan dan saya melihat zone 147.50/00 merupakan area support yang sangat baik. Terutamanya apabila dilihat ke time frame H4.

Jika di lihat dari time frame H4, kelihatan seolah-olah satu rising wedges pattern sedang terbentuk. Rising wedge pattern biasanya ialah bearish sign kepada chart. Untuk menconfirmkan bearish ini, price perlulah break dari pattern ini. Dan ini bermakna paras 147.50 dan trendline adalah support terdekat yang perlu di pecahkan, dengan 147.00 menunggu sebagai next support. Jika ianya juga berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada 145.70.

Selain itu pattern ini, di MACD juga telah menunjukkan adanya bearish divergence dengan MACD crossover dan histogram flipping telahpun berlaku. Ini adalah satu lagi sign untuk bearish.

Yang menjadi penghalang ianya fundamental. Ada beberapa high impact news dari GBP hari ini seperti Manufacturing production, Inflation, Bank rates, dan Monetary Policy. Untuk itu, saya akan tunggu sehingga all the dust settle kerana ada kemungkinan price akan melonjak naik; impak dari good news ini; lantas memberi peluang untuk kita menjual pada harga yang lebih tinggi.

Shufaad

<<Klik sini http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan trade GBPJPY di FXPrimus>>