Spot Gold: Berusaha membina base

Salam.

Chart pertama yang ingin saya tunjukkan kepada anda semua ialah chart gold di dalam time frame daily;

gold 26 nov 2015Berdasarkan kepada chart di atas, harga emas telah mencatatkan paras low nya di 1064.23, iaitu paras support. Semenjak dari itu, terdapat beberapa cubaan untuk price bounce semula tetapi gagal. Bagaimana saya katakan gagal? Kerana price masih lagi mencatatkan lower highs seperti yang di tunjukkan oleh garisan trendline.

Walaupun gagal mencatatkan harga yang lebih tinggi, price juga gagal memecahkan (breakout) paras support 1064.23 berkenaan. Ini menunjukkan buyer atau bargain hunters sedang membina base atau kubu mereka di area support tersebut.

Sekarang perhatikan pula indikator momentum kita, MACD. Kelihatan nya histogram sudah semakin menunjukkan tanda-tanda yang ia ingin ke cross di atas 0.00 manakala MACD line juga sudah semakin hampir untuk cross signal line. Jika crossover ini berlaku dan price mampu break di atas garisan trendline, saya melihat ini merupakan sesuatu positif dari harga emas.

Ok. Apa kata saya zoom kepada time frame yang lebih kecil, H1.

gold h1 26 nov 2015Perhatikan bagaimana buyer membina kubu mereka di kotak yang saya tandakan. Anda juga boleh melihat bagaimana paras low yang di catatkan sudah semakin tinggi (higher low). Positif untuk harga emas? Yup, I reckon so. Mungkin emas memerlukan sedikit push dari fundamental – tension di Rusia/Turki, China beli emas, Fed tak jadi naik kan rate- akan membantu melonjakkan kembali harga emas.

Kita tunggu dan lihat. Happy pipping!

Spot Gold: Bolehkah support area $1156 bertahan?

Salam traders.

gold 27 Okt 2015

Support area yang harus anda perhatikan ialah $1156.67/58.83. Selain dari menjadi support area yang kuat, ia juga adalah paras fibo 38.2%.

Jika paras support ini berjaya bertahan, maka ada kemungkinan near term bullish akan bersambung. Next resistance area ialah di $1170, $1179 dan $1191.

Jika paras support ini berjaya di pecahkan (breakout), maka next support terletak di $1151 dan fibo 61.8% di $1138.

Teknikalnya, saya short term bullish di gold.