Sebenarnya term introducer dah lama wujud cuma dalam bahasa kampung di sebut sebagai rekemen. Sebagai orang Melaka, kalau orang luar tanya nak makan asam pedas yang best kat mana, tau la saya rekemen kan tempatnya.Atau kalau ada kawan tanya workshop mana yang baik, pun saya boleh rekemen kan.

Cuma nya tak pernah la pulak saya dapat komisyen bila rekemen kedai asam pedas dengan workshop kereta ni. Dapat pahala Insya Allah.

Saya teringat, masa saya bercuti dengan family di Sarawak dulu, bila sampai di kedai kek lapis Dayang Salhah, kami di beri sticker berwarna oren untuk di lekatkan pada baju.

Saya ingatkan mula-mula tujuannya supaya kami tak hilang, sebab ada ramai grup lain masa tu, tapi bila pikir balik, bukannya beso nau tempat ni sampai boleh hilang! Hehe.

Ah..sudah tentu ada perkiraan upah untuk si pembawa van kalau saya dan family borong kek lapis di sini. Lagi banyak kami beli, lagi banyak lah dia dapat kot. Takpe, rezki abang ni.

Sebab itu, di dalam bisnes, perkataan introducer dan komisyen di gunakan supaya nampak lebih professional.

Selain dari menjadi seorang trader by profession dan pelabur emas fizikal, saya juga menjadi introducer kepada 2 syarikat yang saya terlibat secara langsung; Public Gold dan FXPrimus.

Di Public Gold, kalau saya hanya fokus nak jual emas fizikal sahaja, menangis saya. Komisyen dah lah 2% saja, then kena servis customer lagi. So memang tak berbaloi.

So thats why untuk berjaya dalam PG, cara terbaik ialah dengan menjadi introducer. Bila ada orang tanya, nak beli emas di mana, sebut sahaja Public Gold. Bagikan alamat, nanti pandai la customer kita cari.

Dah sampai di PG, staf pula akan tanya customer siapa introducer. Pesan kawan kita siap-siap untuk sebut nama kita dan kirim salam kat staf.

So, next time bila kawan kita beli emas lagi atau top up GAP, dapat la kita komisyen. Mudah kan? lagi mudah dari rekemen kedai asam pedas!

Sama juga macam di FXPrimus. Bila ada kawan atau student saya yang ingin belajar dan trade Forex, atau spot gold, saya akan rekemen FXPrimus sebagai broker.

Jika mereka buka akaun dan mula trade di Primus, dapat la saya komisyen. Kalau buka akaun, buat deposit 10 juta pun, tapi tak trade, tak adalah komisyen.

Mudah kan?

Atleast ini adalah salah satu cara saya mempelbagaikan portfolio income saya;
Dari seorang trader, coach, penulis buku kepada seorang Introducer broker forex.
Dari seorang pelabur emas fizikal, yang menggunakan basic concept buy low sell high kepada seorang yang introduce tempat membeli emas fizikal terbaik kepada kawan-kawan.

Sebab itu saya percaya, introducer ialah satu bisnes yang sangat berpotensi.

Anda nak yang mana? Introducer Public Gold atau Introducer FXPrimus? Atau nak kedua-duanya? Roger-roger lah ye.

Terima kasih!

Shufaad
Save. Invest. Trade

Salam.

Bagi yg berminat untuk menjadi seorang trader, sama ada full time atau part time dan pada masa yg sama ingin sesi private atau one to one coaching bersama saya, anda boleh lakukan perkara seperti di bawah:

  1. Bank in kan 50% deposit atau RM1750 ke akaun Maybank 554110105387 Candlestick Consulting.
  2. Pilih 3 tarikh yang anda kehendaki. Anda boleh pilih sama ada weekend atau weekdays. Sebagai contoh, anda pilih hari sabtu, ahad dan isnin (sila nyatakan tarikh). Atau anda nak pilih isnin, selasa dan rabu terus pun boleh. Sekurang-kurangnya mesti ada 1 hari weekdays.
  3. Whatsapp saya di talian 012-9965946 beserta slip bayaran dan tarikh pilhan anda.
  4. Saya akan check jadual saya. Sila beri saya masa antara 1-2 jam. Sekiranya tarikh yg anda pilih itu ok, saya akan inform.
  5. Bila tarikh dah ok, kita akan berjumpa di kelas. Biasanya utk sesi personal coaching, saya akan buat sama ada di Sunway atau di Ayer keroh. Make sure anda bawa laptop dan buku nota.
  6. Baki bayaran perlu di serahkan atau transfer semasa kelas pertama.

Mudah kan? Jika anda masih ragu-ragu lagi, anda boleh ke youtube dan search nama saya di situ. anda boleh tengok sesi mentoring video yang telah saya uploadkan. Anda boleh belajar bagaimana saya menganalisis market setiap minggu.

Dan jika anda rasa cara saya sesuai dengan jiwa anda, maka pilihlah saya untuk menjadi mentor anda. Insya Allah saya akan berikan support yang terbaik.

TQVM!

Salam.

Jika anda inginkan suasana pembelajaran yang eksklusif – personal coaching atau 1 to 1, anda boleh hubungi saya sekarang.

Di bawah adalah detail untuk kelas eksklusif ini:

  1. Kelas bermula dari basic sehingga advance selama 3 hari.
  2. Topik akan merangkumi dari trading psikologi, risk and money management, teknikal analisis dan fundamental analisis.
  3. Selain dari market forex, anda juga akan di dedahkan dengan market spot gold, oil, index dan juga ekuiti.
  4. Setiap bulan akan ada kelas revision, juga 1 to 1, selama 2 – 4 jam.
  5. Anda juga boleh hadir ke kelas Group coaching yang akan di adakan 2 kali sebulan; secara percuma.
  6. Anda akan mendapat koleksi video mentoring dari tahun  2015, 2016 dan 2017.
  7. Group support melalui Telegram.

Yuran untuk kelas ini ialah RM3500 shj. Untuk deposit, anda hanya perlu membayar RM1750 dan baki nya di jelas kan semasa kelas.

Bagi yang berminat, sila hubungi saya di talian 012-9965946.

Terima kasih.

coaching-personal-one-to-one

Salam semua.

Seperti biasa, ini adalah news yang paling di tunggu-tunggu oleh semua trader; secara tradisionalnya; dan sekarang menjadi news wajib tunggu oleh penyimpan dan pelabur emas profesional.

Sebelum saya menghuraikan nya dengan lebih lanjut, apa kata anda lihat jadual di bawah;

U.S.Labor-Reports-gold-price-and-silver-prices-NOV-2015

Ketika NFP bulan lepas hanya mencatatkan sejumlah 142K berbanding 201K (forecast), harga gold meningkat sebanyak 2.04% manakala silver meningkat 5.18%. Ini merupakan satu peningkatan yang ketara terutama sekali kepada harga silver di mana peningkatan ini merupakan yang tertinggi untuk tahun 2015.

Berdasarkan kepada jadual di atas juga, anda dapat lihat bagaimana most of the time harga gold dan silver mempunyai negative correlation dengan NFP. Untuk lebih tepat lagi sebenarnya, ialah US Dollar Index.

Untuk kali ini, NFP di sasarkan sebanyak 179K.

  • jika actual NFP > 179K, gold dan silver akan jatuh. (Jika ingin lihat harga gold dan silver jatuh banyak, maka NFP perlu > 200K).
  • jika actual NFP < 179K, gold dan silver akan naik.

Satu lagi news yang perlu diberi perhatian ialah Average Hourly Earnings kerana ia akan memberi gambaran kekuatan perbelanjaan secara keseluruhan. Untuk detail mengenai news ini, sila ke www.bls.gov.

Secara teknikalnya, saya melihat harga emas sedang menghampiri paras support yang terdiri dari psycho level $1100.

gold 6 nov 2015

Berdasarkan kepada chart di atas, paras support $1100 sebelum ini mempunyai kebolehan untuk menarik bargain hunters kembali ke dalam pasaran. So, secara teknikalnya saya tidak terperanjat sekiranya saya melihat harga akan bounce dari paras $1100 tersebut, walaupun data NFP mencatatkan angka yang agak baik.

Sekali lagi yang perlu di beri perhatian sebenarnya adalah bagaimana investor dan trader mengambil data NFP sebagai satu hint kepada kebarangkalian Fed menaikkan interest rate nya Disember ini. Still very cloudy, still very uncertain but saya still berpendapat mereka (Fed) tidak akan menaikkan rate tersebut tahun ini.

Happy pipping!

Salam.

silver 3 nov 2015edit

Berdasarkan kepada chart di atas, things doesn’t look good for silver. Hal ini berlaku apabila paras support $15.62; yang mana merupakan satu paras support/resistance yang kuat berdasarkan kepada historical movement nya sebelum ini; telah di pecahkan (breakout).

Ini membuka kemungkinan kepada freefall towards next support area di paras $14.50. Hakikat ini di sokong oleh kejatuhan momentum yang di tunjukkan oleh MACD.

Jika silver berjaya turun ke paras tersebut, ini akan membuka peluang kepada buyer untuk kembali membeli (bargain hunting) dan seterusnya menghadkan penurunan harga di paras tersebut.

Happy pipping!