31 May

Jadi trader ni kene melekat depan komputer 24 jam? Taklah!

Salam.

Salah satu mitos yang sering saya dengar dari mereka yang ingin belajar trading ialah sebagai trader, kita kene ‘melekat’ depan komputer, laptop, henpon 24 jam sehari. Tak boleh miss, tak boleh tinggal langsung.

Adoi! Penat macam tu!. Silap-silap boleh mati depan laptop ni.

Kita tak perlu buat macam tu sebenarnya. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan memilih sesi trading yang sesuai dengan masa lapang kita. Jadi kita boleh lah trade dengan hati yang tenang, tak payah terkejar-kejar, tak payah ngadap sangat laptop tu dan boleh tidur dengan aman. Macam mana tu?

Secara amnya, terdapat 3 sesi trading;  sesi Asian, European dan US. Cuba perhatikan diagram di bawah:

Berdasarkan kepada diagram ni, anda dapat lihat market akan open dengan pasaran Australia (Sydney) sekitar jam 5.00 am. Walaubagaimanapun, market Australia bukan lah market utama yang di perhatikan oleh trader. Sebaliknya, trader biasanya memilih untuk trade di waktu Japan (Tokyo) open iaitu pada jam 7.00 pagi waktu Malaysia. Di sinilah the real Asian session bermula.

So, kalau anda baru nak masuk keje jam 8.00 pagi, sesuai tak nak trade Asian session? Kalau tak sesuai, jangan. Setelkan keje kat opis dulu. Kang kantoi dengan bos pulak.

Next, kita ada market London yang di buka pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Satu jam selepas market London open, kita akan melihat beberapa market di Europe seperti di Frankfurt (Germany) ,Paris (France) dan Geneve (Swiss) akan bermula. Pertembungan antara market London dan sekutu Europe nya menjadikan waktu petang sangat ceria untuk para trader.

Di mana anda ketika itu? Sedang meeting kah?

Sessi terakhir ialah US session yang bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 3.00 pagi. Kebanyakan trader yang sebuk di waktu siang akan menumpukan perhatian kepada sesi ini. Ini kerana selain dari waktu open sesi US, biasanya terdapat news-news besar yang boleh menggerakkan pasaran berlaku; sekitar jam 8.30 sehingga jam 10.00 malam.

Bagaimana dengan anda? Kalau sesi Asian tak sempat, Europe terlepas, US session ialah pilihan terbaik. Concentrate di sini. Peruntukan 3-4 jam semalam sahaja. Tak perlu sampai jam 3.00 pagi. Kalau tak, esok nak pegi keje, mata macam panda bear.

And lastly, kalau kawan-kawan ajak ngeteh time ni, cakap anda bz, ada urusan membangunkan kewangan keluarga. Anda kan trader.

Semoga berjaya!

Shufaad.

01 May

Apa yang akan anda pelajari di dalam kelas Personal Coaching?

Secara ringkasnya, ini adalah antara topik-topik yang bakal anda pelajari selama 3 hari bersama saya di dalam kelas Personal Coaching:

1. Trading psikologi
– trading objective
– handling losses
– time management
2. Money & Risk Management
– reward to risk ratio
– lot size and leverage
– risk strategy
3. Technical Analysis
– support & resistance
– trend
– trade setup
– breakout strategy
– reversal pattern strategy
– pullback strategy
– divergence signal
4. Fundamental Analysis
– the role of central banks
– what news to look for

FYI, anda bukan sahaja akan di dedahkan dengan market forex, tetapi juga market spot gold, silver, oil dan juga index utama US seperti Dow dan S&P. Selain itu juga, strategi yang anda pelajari di dalam kelas ini, boleh juga di gunakan untuk pasaran Bursa; jika itu yang ingin anda trade.

Apa yang lebih penting ialah, anda akan mendapat support dari saya sampai salah seorang dari kita mati. Ok?

Kepada yg berminat, sila hubungi saya di no 012-9965946.

Terima kasih.

Shufaad
The Authentic Trader

20 Feb

Terima kasih traders di Sabah – Kota Kinabalu & Sandakan!

Minggu lepas sy berkesempatan untuk berkunjung ke Sabah, lebih tepat lagi ke Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan para traders dan wannabe traders di Starbuck, Warisan Square.

Alhamdulillah, saya nampak masing-masing begitu bersemangat untuk menjadi seorang trader – lebih tepat lagi, trader yg profit. Ada di antara mereka yang sudah 3-4 tahun menjadi trader tetapi masih lagi belum konsisten. Ada juga yang baru hendak mengenali dunia trading tapi nampak begitu teruja.

Insya Allah with a lot of practise, saya yakin mereka akan berjaya.

Next stop sy ke Sandakan untuk ke kelas Analisis Teknikal Harga Emas. Kelas ini khusus untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak – menggunakan ilmu analisis teknikal untuk membeli emas fizikal Public Gold.

Oleh kerana kelas ini adalah kelas basic, maka ianya senang di ikuti oleh para pelajar yang rata-rata tidak mempunyai basic langsung. Mudah, ringkas dan menepati objektif.

Terima kasih Sabah! Kita berjumpa di lain hari. Insya Allah!