02 Apr

Personal Coaching vs Group Coaching

Salam semua.

Saya menerima banyak pertanyaan tentang apa bezanya kelas Personal coaching berbanding kelas Group coaching – selain dari harganya nya lah!

First sekali, kelas Personal Coaching (PC) obviously adalah one to one session antara saya dan anda – bakal trader. Tidak seperti kelas Group Coaching (GC) yang mana terdapat antara 2 – 20 orang di dalam kelas. Jadi jika anda seorang pemalu atau jika anda rasakan anda mahukan perhatian lebih dari saya, maka PC adalah pilihan terbaik.

Yang kedua. Dengan kelas PC, anda bebas untuk memilih tarikh. Anda pilih tarikh dulu, bagi kat saya, dan saya tengok jadual saya pulak. Kalau saya free, then kita on. Dan tak semestinya 3 hari straight. Contohnya, anda tak boleh belajar 3 hari berterusan – Isnin sampai Rabu. Mungkin atas faktor tak boleh ambik cuti lama-lama atau apa shj, then kita akan buat kelas Ahad- Selasa. Yang penting, dalam tempoh kelas 3 hari tu, mesti ada 1 hari weekdays atau hari biasa, bukan Sabtu dan Ahad. Sebab kita nak tengok market live dan bergerak. Untuk GC pula, tarikh di tentukan oleh saya. 100% oleh saya.

Yang ketiga. untuk anda yang mengambil PC, kita akan berjumpa setiap bulan untuk saya pantau progress anda sebagai seorang trader. Jadi anda perlu sediakan soalan, trading journal dan pastikan anda telah hafal apa yang perlu di hafal – conthnya candlestick pattern. Bila kita berjumpa, saya akan membantu anda menganalisa apa kesalahan di dalam trade yang telah anda lakukan dan saya akan menjawab semua soalan yang anda tanyakan. Saya juga akan update anda dengan new strategi dan trade oppurtunities yang ada di dalam market sekarang. Di GC pula, anda di jemput untuk hadir ke kelas GC dan revision secara percuma berulang-ulang kali. Kelas free, hanya bayar duit makan shj.

Itu 3 perbezaan utama yang boleh saya fikirkan buat masa ini. Pesanan saya, jika anda serius untuk menjadi seorang trader yang berjaya, maka langkah pertama ialah MENCARI ILMU terlebih dahulu. Jangan sesekali menghabiskan duit anda dengan membuka live/real account tanpa sebarang ilmu. In long run, anda akan rugi banyak.

Terima kasih.

kelas Personal coaching dan group coaching

kelas Personal coaching dan group coaching

 

 

19 Nov

US Dollar di dalam masalah – atleast di dalam chart :)

Salam.

Kenapa saya mengatakan US Dollar di dalam masalah? Saya akan menunjukkan kepada anda chart Dollar Index di dalam 2 time frame; yang pertama di Daily dan yang kedua di H4.

dxy 19 nov 2015Ini adalah dollar index di time frame daily.

  1. Terdapat paras resistance yang kuat di 100.00 dan 100.37 yang mana paras yang kedua  adalah paras resistance yang di catatkan oleh highs pada 13 Mac 2015.
  2. Price membentuk doji di area 100.00 dan selepas satu long white candle – ini adalah perfect setup untuk Doji At the Top (DAT) strategi.
  3. Gap down selepas doji? Wow, ini memang superb!

Sekarang kita lihat di time frame H4 pula.

dxy h4 19 novAda signal feveret saya – Bearish Divergence! Dengan MACD crossover dan histogram bar telah pun flip di bawah 0.00, ini adalah tanda-tanda kejatuhan (atau retrace) di dalam dollar.

Berdasarkan kepada chart di kedua-dua time frame ini, ia menunjukkan yang US Dollar sedang berada di dalam fasa retrace- at least sehingga next NFP.

So, gold, silver dan any pairs yang ada kaitan dengan dollar especially Eur, Pound dan Yen akan mempunyai peluang untuk tapau dollar. Check support dan resistance yang terhampir dan ambil profit di situ.

Happy pipping!

 

19 Nov

Kelas Group Coaching – 23 & 24 Nov 2015

Salam.

Kepada yang serius dan berminat untuk menjadi seorang Trader, maka ini adalah kelas yang mesti anda hadiri.

Poster Coaching 23 24 novBuat pengetahuan anda,kelas akan bermula jam 9.00 am sehingga 5.00 pm. Datang awal lagi bagus. Boleh pergi sarapan dengan saya. 🙂

Apa yang perlu anda bawa? laptop, buku nota dan broadband. Dan yang paling penting sekali, semangat dan kesungguhan yang kuat untuk menjadi seorang Trader.

Untuk detail modul apa yang akan anda pelajari, sila layari melakafx.com.

TQVM!

18 Nov

US Stock di dalam bullish trend…atau bull pencen?

Salam.

Di dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis tentang FANG- Facebook, Amazon, Netflix, Google- yang mana merupakan pillars kepada US stock market.

Cuba anda bayangkan satu meja makan…ada 4 kaki kan? Nah, kalau salah satu dari 4 tiang kaki ini patah, bagaimana keadaan meja makan tu? senget? bagaimana pula kalau ke empat-empat kaki tu patah? Mesti lagi teruk kan?

Sekarang saya ambil Facebook sebagai contoh. Cuba anda perhatikan chart di bawah:

fb 18 nov 2015Lihat di bahagian bawah chart ini; MACD crossover dan histogram bar telah pun berada di bawah paras 0.00. Semalam, anda boleh lihat satu hammer telah pun terbentuk dengan lower shadow yang panjang – menandakan buyer cuba mempertahan kan area tersebut. Saya tidak terkejut sekiranya harga stock ini tidak boleh melepasi paras resistance 110.65. Sekiranya ini berlaku, maka ada kemungkinan kita akan melihat double top pattern bakal berlaku.

Anda boleh lihat situasi yang sama berlaku di chart Amazon dan Google. Di Netflix lain ceritanya. Nanti saya ceritakan.

Buat pengetahuan anda, S&P 500 – benchmark kepada US Stock- telah berada di dalam bull market melebihi 6 tahun. Secara teorinya, bull market cycle biasanya hanya berlaku selama 4 tahun. Jadi mungkin bull market di S&P telah pun agak tua…bull pencen?

S&P 18 Nov 2015Garisan merah tu? Ia adalah 200 SMA. Lihat bagaimana price sudahpun berada di bawah 200 SMA. Zon resistance  2116/37 merupakan area terbaik untuk saya short index ini. Jika price tidak berjaya naik setinggi itu, paras 2100 juga adalah pilhan yang baik untuk saya short. Near support terletak pada paras 2000.

Kesimpulannya, dengan FANG yang berada di dalam masalah dan S&P yang berada di dalam trend bull pencen, ada kemungkinan besar kita akan melihat kejatuhan di dalam US stock market di dalam jangkamasa terdekat.

Happy pipping!

10 Nov

Promosi kelas Group Coaching! Hanya RM999 sahaja!

Salam semua.

big sale group coaching

Sempena dengan pelancaran DVD Group Coaching: Successful Trader’s Blueprint, saya ingin menawarkan kepada anda peluang untuk mengikuti kelas Group Coaching dengan harga promosi.

Ye. Harga promosi yang saya tawarkan ini hanya berjumlah RM999 berbanding harga asal RM1500.

Apa lagi yang saya tawarkan kepada anda?

Extended support dari 6 bulan kepada 1 tahun! Maksudnya, anda boleh refresh kelas ini secara PERCUMA selama setahun (cuma bayar duit makan RM20 sahaja) dan anda juga akan mendapat servis lain seperti sesi Mentoring Video dan Weekly Trading Tips selama 1 tahun!

Menarik?

Owh, ada lagi. Jika di dalam tempoh 1 tahun ini, saya gagal membentuk anda menjadi seorang trader, maka anda berhak untuk menuntut kembali RM999 dari saya. Ini adalah MONEY BACK GUARANTEE yang tergila yang pernah saya buat!.

Bukan 30 hari. Bukan 60 hari. Tapi 1 tahun! Siapa yang boleh bagi macam ni?

Dengan kos RM999 untuk setahun, anda sebenarnya membelanjakan hanya RM83.25 sebulan. Lebih murah dari bil internet atau bil Astro anda.

Bagaimana pula dengan modulnya? Apa yang akan anda pelajari sama dengan apa yang anda lihat di 6 Month Coaching Program saya. Anda boleh klik di sini: http://bit.ly/6MonthCoaching untuk melihat modul lengkap.

Saya harap anda ambil peluang ini. Tempoh promosi ini hanya dari 9 November sehingga 15 November 2015.Apa yang anda perlu lakukan ialah:

1. Buat bayaran RM999 ke no akaun Maybank 5541 1010 5387 Candlestick Consulting.

2. Watsapp slip payment beserta nama penuh dan tarikh kelas yang ingin anda booking. Anda boleh lihat tarikhnya di dalam poster di atas.

3. Datang kelas dan bersedia lah untuk menjadi seorang Trader.

Itu sahaja. Mudah kan?

So, cepat-cepat ambil peluang ini sekiranya anda benar-benar ingin merubah masa depan anda dan menjadi seorang Trader yang sukses.

Terima kasih.

05 Nov

NFP vs Gold & Silver

Salam semua.

Seperti biasa, ini adalah news yang paling di tunggu-tunggu oleh semua trader; secara tradisionalnya; dan sekarang menjadi news wajib tunggu oleh penyimpan dan pelabur emas profesional.

Sebelum saya menghuraikan nya dengan lebih lanjut, apa kata anda lihat jadual di bawah;

U.S.Labor-Reports-gold-price-and-silver-prices-NOV-2015

Ketika NFP bulan lepas hanya mencatatkan sejumlah 142K berbanding 201K (forecast), harga gold meningkat sebanyak 2.04% manakala silver meningkat 5.18%. Ini merupakan satu peningkatan yang ketara terutama sekali kepada harga silver di mana peningkatan ini merupakan yang tertinggi untuk tahun 2015.

Berdasarkan kepada jadual di atas juga, anda dapat lihat bagaimana most of the time harga gold dan silver mempunyai negative correlation dengan NFP. Untuk lebih tepat lagi sebenarnya, ialah US Dollar Index.

Untuk kali ini, NFP di sasarkan sebanyak 179K.

  • jika actual NFP > 179K, gold dan silver akan jatuh. (Jika ingin lihat harga gold dan silver jatuh banyak, maka NFP perlu > 200K).
  • jika actual NFP < 179K, gold dan silver akan naik.

Satu lagi news yang perlu diberi perhatian ialah Average Hourly Earnings kerana ia akan memberi gambaran kekuatan perbelanjaan secara keseluruhan. Untuk detail mengenai news ini, sila ke www.bls.gov.

Secara teknikalnya, saya melihat harga emas sedang menghampiri paras support yang terdiri dari psycho level $1100.

gold 6 nov 2015

Berdasarkan kepada chart di atas, paras support $1100 sebelum ini mempunyai kebolehan untuk menarik bargain hunters kembali ke dalam pasaran. So, secara teknikalnya saya tidak terperanjat sekiranya saya melihat harga akan bounce dari paras $1100 tersebut, walaupun data NFP mencatatkan angka yang agak baik.

Sekali lagi yang perlu di beri perhatian sebenarnya adalah bagaimana investor dan trader mengambil data NFP sebagai satu hint kepada kebarangkalian Fed menaikkan interest rate nya Disember ini. Still very cloudy, still very uncertain but saya still berpendapat mereka (Fed) tidak akan menaikkan rate tersebut tahun ini.

Happy pipping!

03 Nov

Spot silver: Freefall dari silver?

Salam.

silver 3 nov 2015edit

Berdasarkan kepada chart di atas, things doesn’t look good for silver. Hal ini berlaku apabila paras support $15.62; yang mana merupakan satu paras support/resistance yang kuat berdasarkan kepada historical movement nya sebelum ini; telah di pecahkan (breakout).

Ini membuka kemungkinan kepada freefall towards next support area di paras $14.50. Hakikat ini di sokong oleh kejatuhan momentum yang di tunjukkan oleh MACD.

Jika silver berjaya turun ke paras tersebut, ini akan membuka peluang kepada buyer untuk kembali membeli (bargain hunting) dan seterusnya menghadkan penurunan harga di paras tersebut.

Happy pipping!

03 Nov

Kelas untuk bulan November di TheCandles, Sunway

Salam semua.

Tak sempat untuk sertai saya di kelas-kelas sebelum ini? No prob. Bulan November kan ada.

  1. 7 & 8 Nov (Sabtu dan Ahad) – kelas Group Coaching: Successful Trader’s Blueprint                                                   Masa: 9.00 am – 5.00 pm   Fee: RM1500
  2. 14 Nov (Sabtu) – kelas Gold Investment 101  Masa: 9.30 am – 5.00 pm Fee: RM100
  3. 15 Nov (Ahad) – kelas Analisis Teknikal Harga Emas Masa: 9.30 am – 5.00 pm Fee: RM250

Untuk pendaftaran, sila hubungi 012-9965946. TQVM 🙂

6MONTH

30 Sep

Jadual kelas Group Coaching untuk bulan Oktober 2015

Salam.

Anda rakan FB saya? Jika ya, maka saya yakin anda sudah pun melihat dan membaca iklan ini. Jika anda bukan rakan FB saya, ini dia iklan tentang kelas Group Coaching yang saya buat sebentar tadi.

iklan group coaching oktober

Langkah seterusnya:

1. Anda boleh klik pada link ini, http://bit.ly/6MonthCoaching, untuk melihat apakah modul yang bakal anda pelajari.

2. Jika anda berminat, sila bank in kan deposit sebanyak RM750 ke dalam akaun Maybank 554110105387 Candlestick Consulting. Bakinya perlu di bayar semasa kelas.

3. Watsappkan slip payment dan nama penuh kepada nombor 012-9965946.

Setel.

Terima kasih dan semoga anda terbuka hati untuk menjadi seorang Trader.

p/s: jika anda tak dapat hadir pada tarikh 5 dan 6 Oktober ini, jangan risau. Ada tarikh lain. Hujung bulan Oktober. Tengok poster ni k. 🙂

Poster Coaching baru