31 May

Jadi trader ni kene melekat depan komputer 24 jam? Taklah!

Salam.

Salah satu mitos yang sering saya dengar dari mereka yang ingin belajar trading ialah sebagai trader, kita kene ‘melekat’ depan komputer, laptop, henpon 24 jam sehari. Tak boleh miss, tak boleh tinggal langsung.

Adoi! Penat macam tu!. Silap-silap boleh mati depan laptop ni.

Kita tak perlu buat macam tu sebenarnya. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan memilih sesi trading yang sesuai dengan masa lapang kita. Jadi kita boleh lah trade dengan hati yang tenang, tak payah terkejar-kejar, tak payah ngadap sangat laptop tu dan boleh tidur dengan aman. Macam mana tu?

Secara amnya, terdapat 3 sesi trading;  sesi Asian, European dan US. Cuba perhatikan diagram di bawah:

Berdasarkan kepada diagram ni, anda dapat lihat market akan open dengan pasaran Australia (Sydney) sekitar jam 5.00 am. Walaubagaimanapun, market Australia bukan lah market utama yang di perhatikan oleh trader. Sebaliknya, trader biasanya memilih untuk trade di waktu Japan (Tokyo) open iaitu pada jam 7.00 pagi waktu Malaysia. Di sinilah the real Asian session bermula.

So, kalau anda baru nak masuk keje jam 8.00 pagi, sesuai tak nak trade Asian session? Kalau tak sesuai, jangan. Setelkan keje kat opis dulu. Kang kantoi dengan bos pulak.

Next, kita ada market London yang di buka pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Satu jam selepas market London open, kita akan melihat beberapa market di Europe seperti di Frankfurt (Germany) ,Paris (France) dan Geneve (Swiss) akan bermula. Pertembungan antara market London dan sekutu Europe nya menjadikan waktu petang sangat ceria untuk para trader.

Di mana anda ketika itu? Sedang meeting kah?

Sessi terakhir ialah US session yang bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 3.00 pagi. Kebanyakan trader yang sebuk di waktu siang akan menumpukan perhatian kepada sesi ini. Ini kerana selain dari waktu open sesi US, biasanya terdapat news-news besar yang boleh menggerakkan pasaran berlaku; sekitar jam 8.30 sehingga jam 10.00 malam.

Bagaimana dengan anda? Kalau sesi Asian tak sempat, Europe terlepas, US session ialah pilihan terbaik. Concentrate di sini. Peruntukan 3-4 jam semalam sahaja. Tak perlu sampai jam 3.00 pagi. Kalau tak, esok nak pegi keje, mata macam panda bear.

And lastly, kalau kawan-kawan ajak ngeteh time ni, cakap anda bz, ada urusan membangunkan kewangan keluarga. Anda kan trader.

Semoga berjaya!

Shufaad.

27 Jan

Belajar Forex Trading secara Personal Coaching

Salam semua.

Mulai tahun ini, saya akan hanya tumpukan kepada anda yang berminat untuk belajar forex trading secara Personal Coaching atau one to one coaching sahaja. Ini bermakna, tiada lagi kelas Group coaching untuk tahun ini.

Bagi anda yang berminat, kelas ini akan di adakan selama 3 hari (anda boleh pilh tarikh nya) bermula dari 9.30 am – 5.30 pm bertempat sama ada di Sunway atau di Melaka.

Kelas intensif ini akan memberi penekanan kepada 4 Trading Pillars; Psychology, Risk & Money Management, Technical Analysis dan Fundamental Analysis. Anda akan di dedahkan kepada strategi-strategi yang saya gunakan selama 11 tahun sebagai seorang trader Full Time.

Anda bukan sahaja akan di dedahkan dengan pasaran Forex, tetapi juga dengan pasaran spot gold, oil dan juga index (USD Index, S&P dan Dow). Ilmu yang bakal anda pelajari boleh juga di aplikasikan di dalam pasaran lain seperti FCPO, dan Bursa Malaysia.

Jika anda berminat, sila hubungi saya terus pada talian 012-9965946.

Terima kasih.

02 Dec

Cepatnya masa berlalu, now its December already!

Salam semua.

Memang betul masa sekarang cepat betul berlalu. Mat salleh kate ‘time flies’. Pejam celik, pejam celik dah bulan end of 2016, dah sampai bulan Disember pun. Kalau anda jenis yang rajin buat azam baru setiap tahun, cuba cek balik. Yang mana dan capai, yang mana jadi capati. Kalau dapat 50% pun saya rasa dah cukup bagus tu.

Untuk saya, sepanjang 2016 ni trading has become so challenging. Sebagai trader, kita dah lalui Brexit (Jun) dan US Presidential Election (Nov). Now tengah tunggu FOMC this coming December; nak tengok sama ada Fed akan naikkan rate atau tidak. Selain dari itu juga, berlaku satu insiden yang di gelar ‘Fat Finger’ sekitar Oktober; yang mana puncanya di percayai oleh komputer programming error.

Dari segi trading, USD Index telah mencatatkan paras tertinggi, begitu juga dengan Dow dan S&P. Gold pula nampaknya sudah break paras 1200 dan berada di sekitar 1170. GBP terpaksa saya tinggalkan dahulu kerana impak dari Brexit ini masih lagi kuat. Jpy yang sangat kuat tahun ini sedang mengalami fasa retracement. dan CAD…yes, saya merasakan CAD berpotensi untuk menjadi lebih kuat tahun hadapan. Sebab? persetujuan yang di capai oleh OPEC baru-baru ini mungkin akan definitely stabilkan harga oil dan secara tidak langsung akan membantu mengukuhkan loonie.

Nonetheless, anything can happen in trading. Sebagai seorang trader, kita hanya trade apa yang kita nampak, bukan apa yang kita rasa. Ikut rasa binasa.

Happy trading guys, saya update kan more info later on ye. TQVM

10 Jul

Kelas Forex/Index/Spot Gold Group Coaching

Salam.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada anda semua. Di sini saya upload kan jadual kelas Group Coaching untuk bulan 7 dan 8.

Tarikh:

  • 23 & 24 Julai (Sabtu dan Ahad)
  • 1 & 2 ogos (Isnin dan Selasa)

Masa: 9.00 am – 5.00 pm

Tempat: TheCandles, Sunway

Fee: RM1599

Pendaftaran: 0129965946 (wasap/tele)

Poster coaching Julai 2016

Poster coaching Julai 2016

02 Mar

Analisis Pasaran Dow dan S&P 2 Mac 2016

Salam.

Kedua-dua pasaran telah pun menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila telah melengkapkan double bottom pattern mereka.

dow 2 mac 2016Neckline 16507 telah di pecahkan (breakout) dan sekarang paras resistance 17100 menjadi sasaran.

S&P 2 mac 2016Neckline 1946 telah di pecahkan dan kini menghampiri resistance 2000. Sebelum ini paras resistance ini (2000) menjadi danger zone bagi pasaran S&P.

Pemulihan kedua-dua pasaran ini membawa maksud risk on dari para investor – mereka bersedia untuk memasuki pasaran yang berisiko tinggi dan berupaya untuk menjana pulangan atau keuntungan yang lebih.

Ini juga memberi bad news kepada Yen sebagai safe haven currency dan gold (safe have asset). Ada kemungkinan kita akan melihat reversal dari kedua-dua sekuriti ini.

Happy pipping!

02 Feb

Kelas Group Coaching untuk bulan Februari 2016

Salam semua.

Berikut adalah tarikh untuk kelas Group Coaching bagi bulan Februari 2016:

6 dan 7 Feb (Sabtu dan Ahad)

22 dan 23 Feb (Isnin dan Selasa)

Semua kelas akan di adakan di TheCandles, Sunway dan akan bermula jam 9.00 am sehingga jam 5.00 pm.

Sempena tahun 2016 ini juga, saya telah memperkenalkan struktur fee/yuran yang lebih fleksibel, kompetitif dan berbaloi.

Harga kelas CoachingUntuk kelas Group Coaching, anda boleh memilih untuk membayar sama ada RM499, RM999 atau RM1599. Yang membezakan di antara ketiga-tiga pilihan ini ialah dari segi after class support.

Bagi anda yang inginkan kelas Personal Coaching atau One to One coaching dengan saya, maka fee nya hanyalah RM3500 dan anda boleh memilih tarikh yang sesuai dengan masa anda.

Jika anda berminat, sila hubungi nombor 012-9965946 untuk booking seat anda.

TQVM dan Happy Pipping!

03 Dec

Bursa: Nasihat (atau amaran?) dari Bursa tentang share XOX

Salam.

Sejak beberapa hari lepas, saya memerhatikan satu share yang agak familiar; XOX. Kenapa familiar? sebab saya pernah nampak logo syarikat ini di baju Dato’ Lee Chong Wei :).

Apa yang saya perhatikan ialah bagaimana share syarikat ini jatuh dengan sangat mendadak sehingga Bursa Malaysia telah mengeluarkan satu statement berkaitan trading activities ini. Anda boleh baca full artikel nye di sini: http://www.themalaysianinsider.com/business/article/bursa-advises-caution-in-trading-xoxs-shares.

Ok. sekarang apa kata kita tengok chart XOX.

XOX 3 dec2015Perhatikan kotak biru yang saya tandakan tu. Lihat bagaimana price break paras support (sekarang dah jadi resistance 2 dan resistance 1) di sertai dengan volume yang sangat tinggi (warna merah). Ini adalah ciri-ciri kesungguhan seller dalam menjual mana-mana share; price break support + volume yang tinggi. Jika nak tengok kesungguhan buyer, reverse kan shj formula ni ok!

Reason nya? Baca semula artikel di atas dan anda dapat sebabnya. Sudah tentu ianya fundamental.

Pandangan saya, jangan beli dulu share ini. Jangan kerana harganya jatuh dan murah maka anda tertarik untuk membeli nya. We can never know how low it can go.

Take care!

26 Aug

US Dollar Index: Petunjuk kekuatan dollar

Salam.

dollar index 26 Ogos 2015Salah satu chart utama yang mesti anda perhatikan jika anda seorang trader ialah chart ini; US Dollar index. Jika anda study market gold, sudah pasti anda tahu yang USD Index atau nama manje nya dixie, ialah salah satu outside factor kepada harga emas.

US Dollar index mengukur nilai US Dollar berbanding dengan 6 major currencies yang lain; Euro, Yen, Pound, Canadian dollar, Krone dan Swiss Franc. Cara mudah untuk membacanya ialah jika dixie menaik, maka dollar menguat. Jika dixie menurun, maka dollar melemah. Mudah kan?

Boleh tak kita trade dixie ni? Boleh. Anda boleh buy dan sell dixie. No prob.

Baik. Berdasarkan kepada chart dixie yang saya sertakan ini, anda dapat lihat bagaimana dollar telah jatuh dengan agak mendadak dari minggu lepas. 2 paras support berhampiran, iaitu 93.69 dan 93.16 telah berjaya di pecahkan. Namun begitu, price gagal untuk close di bawah (below) support level yang kedua. Jelas kelihatan satu fenomena teknikal yang di gelar price rejection.

Semalam pula anda dapat lihat bagaimana dollar mendapat kekuatan dan telah close di atas support yang pertama. Untuk hari ini, price telah buka di dalam candle semalam dan sekarang dalam posisi terbaik untuk meningkat lebih tinggi.

Walaupun terlalu awal untuk mengatakan yang dollar telah kembali pulih, namun kegagalam price untuk close lebih rendah dari zone support yang saya tuliskan itu adalah petunjuk awal yang mana investor dan trader telah kembali membeli dollar.

Resistance terletak pada paras 97.07 dan 98.26.

Malam ini ada 2 news utama dari US, iaitu Core Durable Good orders sekitar jam 8.30 malam dan yang ada satu lagi jam 10.00 malam iaitu ucapan dari presiden Bank of New York, William Dudley. Dengan keadaan market seperti sekarang, sebarang clue atau news dari US sudah pasti akan memberi impak kepada keseluruhan market, termasuklah ekuiti dan komoditi.

So, berhati-hati semua. Good news untuk US dollar adalah bad news untuk gold ;).

Happy pipping!

13 May

Belajar Spot Gold dan Currency trading di Melaka

Salam semua.

Bagi anda yang berminat untuk mempelajari ilmu trading spot gold dan currency a.k.a forex, saya menjemput anda untuk hadir ke kelas Personal/Group Coaching yang akan di adakan di Melaka pada tarikh-tarikh berikut:

  1. 18 dan 19 Mei
  2.  25 dan 26 Mei
  3.  27 dan 28 Mei.

Yuran kelas hanyalah RM1600 (tanpa GST) untuk kelas selama 2 hari, video mentoring selama 6 bulan, weekly trading tips, whatsapp support group dan juga FREE repeat class selama 6 bulan.

Antara topik yang akan di sentuh di dalam kelas ini ialah psikologi di dalam trading, risk dan money management, support dan resistance, candlestick reversal pattern, divergence trading, fundamental analisis dan lain-lain lagi topik yang sangat penting.

So, jika anda betul-betul berminat untuk belajar dan menjadi seorang trader, sila daftarkan diri anda sepantas kilat. Hubungi nombor 012-9965946 (whatsapp/sms/call) untuk menempah tempat anda.

Terima kasih dan semoga kita berjumpa di Melaka!

logo1

 

20 Jan

Kelas Analisis Teknikal Harga Emas di MIM, Petaling Jaya

Salam.

Bagi yang berminat untuk mempelajari bila masa yang terbaik untuk membeli dan menjual emas fizikal, terutamanya emas Public Gold, saya menjemput anda untuk hadir ke kelas Analisis Teknikal Harga Emas yang akan di adakan seperti di dalam poster berikut:

Kelas Analisis Teknikal Harga Emas 2015

Kelas Analisis Teknikal Harga Emas 2015

Antara perkara yang akan di pelajari ialah:

  • Bagaimana untuk memuat turun perisian MT4, membuat setup dan menggunakan tools dan indikator yang bersesuaian.
  • Strategi-strategi untuk melukis paras support dan resistance
  • Membeli dan menjual emas fizikal Public Gold pada harga terbaik
  • dan banyak lagi.

Insya Allah senang je semua tu. Nampak macam complicated kan? Tapi sebenarnya senang. Jika anda buta IT sekalipun saya yakin anda boleh mempelajari dan menguasai ilmu Analisis Teknikal ini.

Hubungi saya sekarang k. Terima kasih 🙂