30 May

Kelas Personal Coaching kini 5 slot sebulan

Salam.

Atas permintaan yang begitu menggalakkan, kelas Personal Coaching akan di adakan sebanyak 5 slot sebulan bermula dari bulan Jun 2017 sehingga satu tarikh yang akan di beritahu kelak. Sebelum ini saya hanya memperuntukkan hanya 2 slot sahaja sebulan.

Kelas masih lagi berlangsung selama 3 hari, dari 9.00 am – 5.00 pm dan masih lagi mengekalkan yuran yang sama iaitu RM3500 sahaja.

Untuk menempah tarikh, anda perlu bank in deposit sebanyak 50% dari total yuran atau RM1750 dan seterusnya memberikan 3 tarikh kepada saya; salah satu dari pada 3 tarikh itu perlulah pada hari weekdays (Isnin – Jumaat).

Sebagai contoh, Jumaat – Ahad.  Atau Sabtu – Isnin. Atau mungkin Isnin – Rabu.

Terpulang kepada anda.  Anda pilih tarikh dulu then saya akan confirm kan dengan jadual saya. OK?

Hubungi saya di no 012.9965946 untuk menempah slot kelas Personal Coaching anda.

Terima kasih.

Shufaad.

04 May

Pentingnya faham Risk & Money Management dengan baik.

Salam.

Secara realitinye, dlm 10 position yg saya ambil mungkin saya akan untung 7 dan rugi 3. Mungkin juga untung 6, rugi 4.

Atau mungkin untung 5, rugi pon 5. Fair. 50-50.

Tapi akhirnya saya still akan untung. Kenapa? Ini kerana saya sentiasa berpegang kpd rule di bawah:

Reward > Risk.

So, if risk saya ialah 2% per trade.
Reward saya mesti sentiasa lebih besar dr 2%. Mungkin 3, lebih baik 4%.

Faham kan?

So mulai sekarang, jaga risk bebaik k.
Takde signal yg akan menjanjikan 100% profit. Walaupun SOTG dr sy sndiri.

Dan jangan salahkan orang lain sekiranya akaun anda blow atau MC. Akaun anda, tanggungjawab anda.

Tqvm

Shufaad
The Authentic Trader

<<Klik sini: http://bit.ly/SayaTrader untuk buka real akaun dan dapatkan SOTG secara FREE>>

01 May

Apa yang akan anda pelajari di dalam kelas Personal Coaching?

Secara ringkasnya, ini adalah antara topik-topik yang bakal anda pelajari selama 3 hari bersama saya di dalam kelas Personal Coaching:

1. Trading psikologi
– trading objective
– handling losses
– time management
2. Money & Risk Management
– reward to risk ratio
– lot size and leverage
– risk strategy
3. Technical Analysis
– support & resistance
– trend
– trade setup
– breakout strategy
– reversal pattern strategy
– pullback strategy
– divergence signal
4. Fundamental Analysis
– the role of central banks
– what news to look for

FYI, anda bukan sahaja akan di dedahkan dengan market forex, tetapi juga market spot gold, silver, oil dan juga index utama US seperti Dow dan S&P. Selain itu juga, strategi yang anda pelajari di dalam kelas ini, boleh juga di gunakan untuk pasaran Bursa; jika itu yang ingin anda trade.

Apa yang lebih penting ialah, anda akan mendapat support dari saya sampai salah seorang dari kita mati. Ok?

Kepada yg berminat, sila hubungi saya di no 012-9965946.

Terima kasih.

Shufaad
The Authentic Trader

06 Apr

5 sebab mengapa Forex Trading boleh menjadi kerjaya dan bisnes terbaik anda

Salam.

Sepanjang saya terlbat di dalam dunia coaching ini, ada pelbagai sebab kenapa student saya ingin menjadi seorang trader. Di sini saya senaraikan 5 sebab popular yang saya sering dengar dari para student saya:

  1. Ingin mulakan perniagaan tapi modal tak besar – dengan forex trading, modal minimum yang di perlukan hanyalah $100 (RM470) sahaja. Saya tak tau apa perniagaan konvesional yang memerlukan modal sekecil itu. Setau saya hanya bisnes networking atau MLM yang mungkin (saya kata mungkin) setara dengan nya.
  2. Malu nak menjual kepada kawan dan family – di dalam dunia trading, anda juga menjual dan membeli tetapi ianya berlaku di dalam platform. Tak payah jumpa customer, tak payah buat appointment. Tak payah nak malu. Tak pernah lagi saya jumpa trader yang malu untuk tekan button sell atau buy.
  3. Ingin fleksibiliti di dalam waktu kerja – apabila anda terpaksa punch card sebelum jam 8.00 am dan ianya berlarutan selama lebih 10 tahun, maka lama kelamaan anda akan berasa fed-up, muak dan rasa nak muntah. Di dalam forex trading, anda boleh trade anytime; sesi pagi, petang mahupun malam. Semuanya bergantung kepada anda dan strategi trading anda.
  4. Ingin lebih masa dengan family – kita harus akui, masa bergerak dengan sangat pantas. Di kala kita sibuk berkerja, anak-anak yang baru semalam lahir, sekarang dah boleh berlari. Begitu cepat masa berlalu sampaikan kite terlepas banyak moment dalam kehidupan mereka. Dengan menjadi seorang trader, kite bukan sahaja boleh bekerja mencari rezki untuk mereka, malahan kita masih boleh bersama dengan mereka; 24 – 7.
  5. Ingin mencari bisnes baru selepas pencen – ada sebahagian student saya yang berusia 50 tahun ke atas dan mereka sedang menghampiri umur pencen. Tidak seperti di kampung yang masih lagi mempunyai tanah untuk bercucuk tanam, pensioners di bandar tidak mempunyai keistimewaan begitu. Mereka juga sudah tentu tidak mahu melakukan hard sales atau door knocking sales hanya untuk survive hidup selepas pencen. Maka saya rekemen forex trading sebagai kerjaya atau bisnes pilihan terbaik selepas pencen.

Ini cuma sebahagian dari reason yang saya biasa dengan dari student saya. Sudah tentu ada banyak lagi tetapi cukup setakat yang ini ini dulu. So, jika anda merasakan salah satu satu dari reason ini kena dengan anda, maka saya menjemput anda untuk memulakan langkah pertama menjadi seorang trader.

Mari kita bersama-sama menjadikan forex trading sebagai satu kerjaya dan bisnes masa depan kita.

Shufaad

27 Jan

Belajar Forex Trading secara Personal Coaching

Salam semua.

Mulai tahun ini, saya akan hanya tumpukan kepada anda yang berminat untuk belajar forex trading secara Personal Coaching atau one to one coaching sahaja. Ini bermakna, tiada lagi kelas Group coaching untuk tahun ini.

Bagi anda yang berminat, kelas ini akan di adakan selama 3 hari (anda boleh pilh tarikh nya) bermula dari 9.30 am – 5.30 pm bertempat sama ada di Sunway atau di Melaka.

Kelas intensif ini akan memberi penekanan kepada 4 Trading Pillars; Psychology, Risk & Money Management, Technical Analysis dan Fundamental Analysis. Anda akan di dedahkan kepada strategi-strategi yang saya gunakan selama 11 tahun sebagai seorang trader Full Time.

Anda bukan sahaja akan di dedahkan dengan pasaran Forex, tetapi juga dengan pasaran spot gold, oil dan juga index (USD Index, S&P dan Dow). Ilmu yang bakal anda pelajari boleh juga di aplikasikan di dalam pasaran lain seperti FCPO, dan Bursa Malaysia.

Jika anda berminat, sila hubungi saya terus pada talian 012-9965946.

Terima kasih.

18 Jul

Buku Candlestick bahasa Malaysia – The Power of Candlestick & Divergence

Salam.

Ok, firstly jangan terpedaya dengan tajuk nya. Memang saya sengaja letak tajuknya bahasa Inggeris sebab

  1. ia kedengaran lebih catchy dan
  2. saya pun tak tau apa nak di translate kan.

hehe.

So apa isi kandungan buku ini? Apa yang akan anda pelajari? Baiklah, secara asasnya buku in terbahagi kepada 5 bahagian:

  • Bahagian 1 – Basic technical analysis yang perlu anda kuasai
    • Trend, Support and resistance, Reversal
  • Bahagian 2 – Candlestick
    • Anatomi candle, Single pattern candle, High probability pattern, 2nd level reversal candle, Trade setup
  • Bahagian 3 – Divergence
    • Normal and hidden divergence, Elder’s divergence, divergence indicators
  • Bahagian 4 – Aplikasi pada chart
  • Bahagian 5 – Rujukan

Seperti tajuknya, fokus buku ini lebih kepada strategi candlestick dan divergence. Anda boleh lihat dengan jelas bagaimana saya mengaplikasi strategi ini di dalam bahagian 4.

Pada bahagian 5, saya berkongsi dengan anda semua buku-buku rujukan yang saya gunakan untuk menyiapkan buku ini. Motif? Jika anda tak paham atau inginkan ilmu yang lebih deep, sila direct dengan penulis buku tersebut.

Ok?

Oh ya! Saya dah tukar cover depan buku ini. lagi cun!

buku candlestick bahasa malaysia

buku candlestick bahasa malaysia