5 sebab mengapa Forex Trading boleh menjadi kerjaya dan bisnes terbaik anda

Salam.

Sepanjang saya terlbat di dalam dunia coaching ini, ada pelbagai sebab kenapa student saya ingin menjadi seorang trader. Di sini saya senaraikan 5 sebab popular yang saya sering dengar dari para student saya:

  1. Ingin mulakan perniagaan tapi modal tak besar – dengan forex trading, modal minimum yang di perlukan hanyalah $100 (RM470) sahaja. Saya tak tau apa perniagaan konvesional yang memerlukan modal sekecil itu. Setau saya hanya bisnes networking atau MLM yang mungkin (saya kata mungkin) setara dengan nya.
  2. Malu nak menjual kepada kawan dan family – di dalam dunia trading, anda juga menjual dan membeli tetapi ianya berlaku di dalam platform. Tak payah jumpa customer, tak payah buat appointment. Tak payah nak malu. Tak pernah lagi saya jumpa trader yang malu untuk tekan button sell atau buy.
  3. Ingin fleksibiliti di dalam waktu kerja – apabila anda terpaksa punch card sebelum jam 8.00 am dan ianya berlarutan selama lebih 10 tahun, maka lama kelamaan anda akan berasa fed-up, muak dan rasa nak muntah. Di dalam forex trading, anda boleh trade anytime; sesi pagi, petang mahupun malam. Semuanya bergantung kepada anda dan strategi trading anda.
  4. Ingin lebih masa dengan family – kita harus akui, masa bergerak dengan sangat pantas. Di kala kita sibuk berkerja, anak-anak yang baru semalam lahir, sekarang dah boleh berlari. Begitu cepat masa berlalu sampaikan kite terlepas banyak moment dalam kehidupan mereka. Dengan menjadi seorang trader, kite bukan sahaja boleh bekerja mencari rezki untuk mereka, malahan kita masih boleh bersama dengan mereka; 24 – 7.
  5. Ingin mencari bisnes baru selepas pencen – ada sebahagian student saya yang berusia 50 tahun ke atas dan mereka sedang menghampiri umur pencen. Tidak seperti di kampung yang masih lagi mempunyai tanah untuk bercucuk tanam, pensioners di bandar tidak mempunyai keistimewaan begitu. Mereka juga sudah tentu tidak mahu melakukan hard sales atau door knocking sales hanya untuk survive hidup selepas pencen. Maka saya rekemen forex trading sebagai kerjaya atau bisnes pilihan terbaik selepas pencen.

Ini cuma sebahagian dari reason yang saya biasa dengan dari student saya. Sudah tentu ada banyak lagi tetapi cukup setakat yang ini ini dulu. So, jika anda merasakan salah satu satu dari reason ini kena dengan anda, maka saya menjemput anda untuk memulakan langkah pertama menjadi seorang trader.

Mari kita bersama-sama menjadikan forex trading sebagai satu kerjaya dan bisnes masa depan kita.

Shufaad