27 Jan

Buku Analisis Fundamental Harga Emas 2017

Bagi anda yang meminati emas dan ingin mengetahui apakah faktor-faktor yang bakal menggerakan harga emas untuk tahun 2017, ini adalah buku yang perlu anda miliki.

Buku Analisis Fundamental Harga Emas 2017 ini merupakan update version dari buku dengan tajuk yang sama yang telah saya tulis pada tahun 2014. Oleh kerana faktor fundamental seperti apa yang berlaku di US, di Britain dan sebagainya menjadi begitu kritikal untuk pasaran emas, maka saya telah mengambil inisiatif untuk mengemaskini buku ini dengan penambahan beberapa tajuk yang baru.

Isi kandungan buku ini adalah seperti berikut:

  • Gold Demand Trends
  • 4 isu yang bakal menggerakkan harga emas 2017
  • Peranan Federak Reserve dan komponen ekonomi di US
  • Kitco sebagai sumber fundamental

Harga jualan unutk buku ini hanyalah RM80 sahaja dan ianya adalah setebal 170 muka surat. Untuk pembelian, sila wasap saya pada nombor 012-9965946.

Terima kasih.

Buku Analisis Fundamental Harga Emas 2017

Buku Analisis Fundamental Harga Emas 2017

 

03 Dec

Bursa: Nasihat (atau amaran?) dari Bursa tentang share XOX

Salam.

Sejak beberapa hari lepas, saya memerhatikan satu share yang agak familiar; XOX. Kenapa familiar? sebab saya pernah nampak logo syarikat ini di baju Dato’ Lee Chong Wei :).

Apa yang saya perhatikan ialah bagaimana share syarikat ini jatuh dengan sangat mendadak sehingga Bursa Malaysia telah mengeluarkan satu statement berkaitan trading activities ini. Anda boleh baca full artikel nye di sini: http://www.themalaysianinsider.com/business/article/bursa-advises-caution-in-trading-xoxs-shares.

Ok. sekarang apa kata kita tengok chart XOX.

XOX 3 dec2015Perhatikan kotak biru yang saya tandakan tu. Lihat bagaimana price break paras support (sekarang dah jadi resistance 2 dan resistance 1) di sertai dengan volume yang sangat tinggi (warna merah). Ini adalah ciri-ciri kesungguhan seller dalam menjual mana-mana share; price break support + volume yang tinggi. Jika nak tengok kesungguhan buyer, reverse kan shj formula ni ok!

Reason nya? Baca semula artikel di atas dan anda dapat sebabnya. Sudah tentu ianya fundamental.

Pandangan saya, jangan beli dulu share ini. Jangan kerana harganya jatuh dan murah maka anda tertarik untuk membeli nya. We can never know how low it can go.

Take care!

14 Oct

Ada harapan untuk Fed dan BOE menaikkan interest tahun ni?

Salam semua.

Saya bertanyakan soalan di atas kepada guru saya, Ed Ponsi semasa webinar yang di jalan kan semalam di FXStreet. Jawapan nya, tidak. Tidak ada harapan untuk kita melihat kedua-dua central bank di atas menaikkan rates mereka tahun ini. Sebab utama nya ialah:

1. Data employment yang teruk di US. NFP yang terkini hanya mencatatkan sejumlah 142K berbanding 201K (forecast). Jumlah ini sebenarnya menjadi lebih teruk lagi apabila di tolak dengan jumlah pekerjaan yang di cipta oleh government iaitu sebanyak 24K. Ini menjadikan total NFP yang sebenar hanyalah sebanyak 118K..

2. Data employment yang teruk ini sudah berlanjutan selama 2 bulan. Bulan lepas, NFP mencatatkan sejumlah 173K berbanding 215K (forecast). Ops! tiba-tiba berlaku revision dan data sebenar NFP ialah 136K. Jauh lebih rendah dari yang di announcekan. Dan setelah di tolak dengan job creation oleh government, maka total NFP hanyalah 100K. So, 100K campur dengan data terkini berjumlah 118K, maka total untuk 2 bulan hanyalah 218K. Sangat teruk…

3. Semalam, data CPI dari GBP mencatatakan sebanyak -0.1% (Y/Y) berbanding 0.0% (forecast). Core CPI (Y/Y)juga tidak menepati sasaran apabila hanya mencatatkan 1.0% berbanding 1.1%. RPI (Y/Y) pula mencatatkan hanya 0.8% berbanding 1.0%.Ini menunjukkan yang UK kiniĀ  berada di dalam deflation, sesuatu yang tidak di ingini oleh mana-mana negara di dunia. And boleh lihat data-data yang lain di sini:

gbp bad news

Selain dari itu, saya juga melihat bagaimana pegawai-pegawai dari Fed dan BOE berlumba-berlumba memberi kenyataan seolah-olah central bank mereka akan menaikkan interest rate. Jangan terpedaya. Ini adalah salah satu strategi untuk meyakinkan pelabur tentang bagaimana bagusnya ekonomi negara mereka; yang mana sebenarnya ia adalah sebaliknya.

Saya mungkin salah di dalam hal ini. Tetapi jika Fed dan BOE betul-betul menaikkan interest rate mereka, maka saya ingat dieorang ni dah gila.

wacko-logo2

Terima kasih.