Introducer sebagai satu bisnes

Sebenarnya term introducer dah lama wujud cuma dalam bahasa kampung di sebut sebagai rekemen. Sebagai orang Melaka, kalau orang luar tanya nak makan asam pedas yang best kat mana, tau la saya rekemen kan tempatnya.Atau kalau ada kawan tanya workshop mana yang baik, pun saya boleh rekemen kan.

Cuma nya tak pernah la pulak saya dapat komisyen bila rekemen kedai asam pedas dengan workshop kereta ni. Dapat pahala Insya Allah.

Saya teringat, masa saya bercuti dengan family di Sarawak dulu, bila sampai di kedai kek lapis Dayang Salhah, kami di beri sticker berwarna oren untuk di lekatkan pada baju.

Saya ingatkan mula-mula tujuannya supaya kami tak hilang, sebab ada ramai grup lain masa tu, tapi bila pikir balik, bukannya beso nau tempat ni sampai boleh hilang! Hehe.

Ah..sudah tentu ada perkiraan upah untuk si pembawa van kalau saya dan family borong kek lapis di sini. Lagi banyak kami beli, lagi banyak lah dia dapat kot. Takpe, rezki abang ni.

Sebab itu, di dalam bisnes, perkataan introducer dan komisyen di gunakan supaya nampak lebih professional.

Selain dari menjadi seorang trader by profession dan pelabur emas fizikal, saya juga menjadi introducer kepada 2 syarikat yang saya terlibat secara langsung; Public Gold dan FXPrimus.

Di Public Gold, kalau saya hanya fokus nak jual emas fizikal sahaja, menangis saya. Komisyen dah lah 2% saja, then kena servis customer lagi. So memang tak berbaloi.

So thats why untuk berjaya dalam PG, cara terbaik ialah dengan menjadi introducer. Bila ada orang tanya, nak beli emas di mana, sebut sahaja Public Gold. Bagikan alamat, nanti pandai la customer kita cari.

Dah sampai di PG, staf pula akan tanya customer siapa introducer. Pesan kawan kita siap-siap untuk sebut nama kita dan kirim salam kat staf.

So, next time bila kawan kita beli emas lagi atau top up GAP, dapat la kita komisyen. Mudah kan? lagi mudah dari rekemen kedai asam pedas!

Sama juga macam di FXPrimus. Bila ada kawan atau student saya yang ingin belajar dan trade Forex, atau spot gold, saya akan rekemen FXPrimus sebagai broker.

Jika mereka buka akaun dan mula trade di Primus, dapat la saya komisyen. Kalau buka akaun, buat deposit 10 juta pun, tapi tak trade, tak adalah komisyen.

Mudah kan?

Atleast ini adalah salah satu cara saya mempelbagaikan portfolio income saya;
Dari seorang trader, coach, penulis buku kepada seorang Introducer broker forex.
Dari seorang pelabur emas fizikal, yang menggunakan basic concept buy low sell high kepada seorang yang introduce tempat membeli emas fizikal terbaik kepada kawan-kawan.

Sebab itu saya percaya, introducer ialah satu bisnes yang sangat berpotensi.

Anda nak yang mana? Introducer Public Gold atau Introducer FXPrimus? Atau nak kedua-duanya? Roger-roger lah ye.

Terima kasih!

Shufaad
Save. Invest. Trade