Salam.

Anda pernah membeli 100 g emas? Cantik kan? Dia duduk dalam seal. Berkilat-kilat macam cermin. Ok. yang cantik tu kita panggil minted gold. Ada sejenis lagi gold kita panggil cast gold. Rupanya hodoh, tak berkilat, tapi kalau bagi nak tak? hehe

Baik. apa bestnya gold cast ni? Salah satu kelebihan utama gold cast berbanding minted ialah gold cast boleh di pajak di mana-mana Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.

Mengapa? Senang saja. Hal ini berlaku kerana gold cast tidak di seal seperti minted gold. Jadi ianya boleh di buka dan di uji oleh mana-mana agensi Ar-Rahnu.

Gold cast Public Gold 100 gram

Jika minted gold, Pos Ar-Rahnu akan menerima nya tanpa perlu menguji emas tersebut. Tetapi jika di Ar-Rahnu lain, contoh nya di Bank Rakyat, ianya perlu di buka dari seal untuk di uji ketulenannya.

Kalau dah buka seal, bukan nya emas tu tak laku tapi nanti bile nak jual balik pada Public Gold kena tolak sikit dari harga PG buy. Lagi satu, kalau nak jual pada customer lain pun tak best sebab seal tu dah koyak. Takkan nak lekat dengan solatape pulak kan!

So next time kalau anda dapat gold cast, jangan mengeluh sebab tak cantik ye. Di sebalik yang tak cantik tu, ada juga special nya.

Salam semua.

Saya dan sahabat saya, Syukor Hashim baru selesai kelas Analisis Teknikal Harga Emas pada hari Sabtu 28 Mac yang lepas. Phew! Memang best! peserta sangat responsif dan banyak bertanyakan soalan. Memang ohsome lah!

OK. Ada juga soalan yang terlebih advance tapi yang tu saya KIV kan untuk kelas yang lain. Agak tak sesuai untuk menjawabnya sebab 99% peserta masih baru dan kebanyakan mempunyai matlamat untuk membeli dan menjual emas fizikal sahaja (soalan tu lebih kepada soalan untuk spot).

Dan first time saya rasa….kelas ni All Mens Club! Haha! takde seorang wanita, gadis yang ada dalam kelas kali ni. Seriusly ni satu rekod!

Anyway, kudos to all the participants. Insya Allah kita akan berjumpa lagi di dalam kelas-kelas yang lain.

Kan....takde perempuan kan???

Kan….takde perempuan kan???

Selamat menjadi pelabur dan penyimpan emas yang bijak!

Shufaad

Salam.

Bagi yang berminat untuk mempelajari bila masa yang terbaik untuk membeli dan menjual emas fizikal, terutamanya emas Public Gold, saya menjemput anda untuk hadir ke kelas Analisis Teknikal Harga Emas yang akan di adakan seperti di dalam poster berikut:

Kelas Analisis Teknikal Harga Emas 2015

Kelas Analisis Teknikal Harga Emas 2015

Antara perkara yang akan di pelajari ialah:

  • Bagaimana untuk memuat turun perisian MT4, membuat setup dan menggunakan tools dan indikator yang bersesuaian.
  • Strategi-strategi untuk melukis paras support dan resistance
  • Membeli dan menjual emas fizikal Public Gold pada harga terbaik
  • dan banyak lagi.

Insya Allah senang je semua tu. Nampak macam complicated kan? Tapi sebenarnya senang. Jika anda buta IT sekalipun saya yakin anda boleh mempelajari dan menguasai ilmu Analisis Teknikal ini.

Hubungi saya sekarang k. Terima kasih 🙂

 

Salam.

Spread ialah satu perkataan yang popular di kalangan online traders; terutamanya yang trade currency (forex). Di dalam dunia emas fizikal, spread sebenarnya ialah perbezaan di antara harga beli dan harga jual emas tersebut.

Cuba anda tengok harga di bawah;

Harga gold bar Public Gold

Harga gold bar Public Gold

Jika anda ingin membeli gold bar 10 gram, harga belian nya ialah RM1346 (PG Sell). Dan jika anda ingin menjual emas 10 gram tersebut, harga nya ialah RM1239 (PG Buy).

Berapa bezanya? RM1346 – RM1239 = RM107. Maksudnya kalau anda jual balik immediately, anda akan rugi RM107. Berapa peratus tu? Kira-kira 8%.

Untuk gold bar 10 gram, spreadnya ialah 8.0%. Unutk 20 gram, spreadnya 6.0%.

  • 50 gram spreadnya ialah 5.5%
  • 100 gram pula ialah 5.0%
  • 250 gram dan 500 gram hanya 4.5%

So, lagi besar gram emas yang anda beli, maka lebih untung anda dari segi spread. Sebab? lagi kecik spread, lagi cepat anda boleh untung (jika harga emas naik).

Nak beli 500 gram? Call saya cepat. Murah sangat dah ni.

Terima kasih.