Basic fundamental yang mempengaruhi harga emas dan perak

Salam semua.

Sekali lagi, faktor fundamental memainkan peranan yang cukup besar di dalam kenaikan dan penurunan harga emas dan perak dunia. Contohnya, kenaikan harga emas dan perak yang berlaku secara mendadak semalam adalah di sebabkan oleh kebimbangan European Union (EU) tentang cadangan bajet Itali yang mungkin akan memberi impak kepada keseluruhan ahli di dalam EU.

Walaupun ianya berlaku dalam jangka masa yang sekejap, namun ia sudah cukup untuk menghantar mesej kepada trader di seluruh dunia betapa harga emas dan perak sangat sensitif terhadap lanskap ekonomi dunia.

Apabila semuanya kembali normal, kita akan kembali melihat kepada chart semasa di mana analisis teknikal akan menjadi key tools untuk membuat buying and selling decisions. Dan jika anda lihat teknikal emas dan silver, kedua-dua hard commodities ini berada di dalam trend menurun.

Di bawah ini adalah chart harga emas sebagai rujukan:

Secara ringkas nya, 3 basic fundamental yang boleh mendorong kepada penurunan harga emas dan perak ialah:

  1. Kenaikan interes rate
  2. USD yang kuat
  3. Risk on sentiment di pasaran ekuiti

Kenaikan interest rate – semenjak dari 2015, Fed telah secara slow and steady nye menaikkan interest rate. Terbaru, Fed telah menaikan rate dari 2.20% kepada 2.25% pada 27 Sept yang lepas. Fed juga di jangka akan menaikkan interest rate sekali lagi dalam FOMC meeting bulan December tahun ini.

USD yang kuat – ini merujuk kepada kekuatan USD index yang mana nilai nya dari bulan Mac 2018 sehingga sekarang, telah meningkat dari 88.55 kepada 95.40. Ini merupakan kenaikan hampir 7% di dalam tempoh 6 bulan untuk usd. Dan oleh kerana harga emas dan perak di sebut di dalam USD, maka sudah tentulah kenaikan ini akan memberi direct impak kepada harga kedua-dua komoditi ini.

Risk on di pasaran ekuiti – ini bermakna trader dan investor memilih untuk participate di dalam pasaran yang mempunyai risiko yang tinggi dan pada masa yang sama boleh mendapatkan pulangan yang tinggi. Ini sangat sesuai dengan pasaran ekuiti. Sebagai contoh, semalam Dow telah meningkat sebanyak 54 mata dan telah tutup pada all time high 26,828.

Selagi ketiga-tiga faktor ini tidak memihak kepada emas dan perak, selagi itulah kita akan melihat harga emas dan perak akan berada di dalam trend menurun.

Anda boleh baca artikel asal di sini:

http://www.kitco.com/commentaries/2018-10-03/Back-to-Basics.html