15 Jun

Impak FOMC kepada pasaran Gold dan Silver

Salam semua.

Bagi mereka yang trade spot gold atau silver, FOMC atau Federal Open Market Committee ialah salah satu news utama yang perlu di ambil perhatian. Ini kerana sebarang pengumuman atau keputusan yang di buat oleh Federal Reserve atau Fed akan mempengaruhi bukan sahaja pasaran komoditi, tetapi juga pasaran-pasaran lain.

Di bawah ini ialah satu jadual impak FOMC kepada pasaran gold dan silver bermula dari tahun 2012 sehingga yang paling terkini, April 2015:

FOMC-statment-and-Gold-Silver-2015

Berdasarkan kepada jadual di atas, 8 dari 11 meeting yang di adakan pada tahun 2014 -2015 adalah bearish kepada gold dan silver. Next FOMC ialah pada 17-18 June ini yang mana salah satu perkara utama yang akan dibincangkan ialah sama ada Fed perlu menaikkan interest rate atau pun tidak. Dan ini merupakan satu perkara yang major.

Dulu semasa saya mula-mula trading, saya akan terpacak depan PC menunggu apa kesan FOMC terhadap market Forex dan gold dan akan trade berdasarkan kepada kesan news tersebut. Tetapi sekarang saya rasa news trading bukan lah strategi yang terbaik untuk saya. Dah tua, tak larat tengok surprise-surprise lagi.

Bagi peminat emas fizikal, jika harga emas jatuh banyak selepas dari news FOMC ini, maka ambillah peluang untuk menambah stok emas anda. Mungkin penurunan ini tidak lama kerana secara teknikal nya area harga sekarang akan menarik ramai bargain hunters untuk membeli emas secara besar-besaran.

goldcahrt

Happy Pipping!

“Nama saya Shufaad. Izinkan saya membantu anda untuk menjadi seorang Trader”