22 May

Antara kehendak dengan keperluan; Nissan Skyline GTR34 codename Godzilla

Salam.

Maaf. Post kali ini tidak ada kaitan dengan emas mahupun trading.

Bagi yang belum mengenali saya, sebenarnya saya ini adalah anak pomen. Saya di besarkan (raise and breed) di workshop kereta.

Bunyik enjin adalah umpama lagu Isabella. Kelajuan adalah adrenalin rush saya. Saya mempunyai impian untuk mempunyai trek kereta saya sendiri. Belakang rumah. Bukak pintu dapur, masuk kereta, terus layan trek.

Best.

Saya juga ada list atau senarai kereta-kereta yang perlu ada di dalam garaj saya. Next time saya updatekan list tu. Buat masa ni saya nak concentrate pada satu kereta.

This one particular car. The legend. The one they called Godzilla. Nissan Skyline GTR34.

Nissan Skyline GTR34

Nissan Skyline GTR34

Saya jumpa iklan kereta ini di mudah.my. Harga nya hanya RM143,800.00 dan saya assume, cash sahaja. Setiap kali saya tengok kereta ini, berdegup degup jantung saya, sesak nafas saya, rasa tak senang duduk dan rasa macam saya dah ada dalam kereta tu.

Ini kereta idaman saya. Bukan Ferrari, bukan Porsche, bukan Lambo (tapi kalau bagi saya ambik jugak!).

Tapi setiap kali saya tengok harga tu, saya akan terfikir, dengan duit sebanyak tu, berapa banyak lagi duit yang saya boleh buat darinya.

RM143,800 – saya boleh beli share Tenaga, Maybank, MYEG, BDB, Bonia, Armada dan macam-macam lagi.

RM143,800 – saya convertkan ke USD boleh dapat dalam $38,143.00. Saya boleh beli share Apple, Tesla, P&G, Paycom, Visa dan macam-macam lagi. Saya juga boleh gunakan modal tu untuk trade spot gold, silver, oil, EURUSD, GBPSD, AUDUSD, USDCAD dan macam-macam pair yang lain.

RM143,800 – saya juga boleh beli tanah di kampung saya, mungkin boleh dapat dalam 4 ekar, kemudian tanam kelapa sawit, getah ataupun gaharu.

Huh. Kadang-kadang kita terpaksa pandai membezakan antara kehendak dengan keperluan. Pada masa yang sama, saya juga kena paham apa yang di maksudkan dengan terma “reward yourself”.

Plan saya – tingkatkan pendapatan. Target saya – Income RM100,000 sebulan.

Kemudian baru beli.  🙂

P/s: Oh ya! Kepada anda yang kenal owner GTR34 (tak semestinya yang dalam gambar ni shj) boleh tak mintak dieorang tolong simpankan kereta ni untuk saya? Insya allah saya akan beli. Pasti beli.

13 May

Belajar Spot Gold dan Currency trading di Melaka

Salam semua.

Bagi anda yang berminat untuk mempelajari ilmu trading spot gold dan currency a.k.a forex, saya menjemput anda untuk hadir ke kelas Personal/Group Coaching yang akan di adakan di Melaka pada tarikh-tarikh berikut:

  1. 18 dan 19 Mei
  2.  25 dan 26 Mei
  3.  27 dan 28 Mei.

Yuran kelas hanyalah RM1600 (tanpa GST) untuk kelas selama 2 hari, video mentoring selama 6 bulan, weekly trading tips, whatsapp support group dan juga FREE repeat class selama 6 bulan.

Antara topik yang akan di sentuh di dalam kelas ini ialah psikologi di dalam trading, risk dan money management, support dan resistance, candlestick reversal pattern, divergence trading, fundamental analisis dan lain-lain lagi topik yang sangat penting.

So, jika anda betul-betul berminat untuk belajar dan menjadi seorang trader, sila daftarkan diri anda sepantas kilat. Hubungi nombor 012-9965946 (whatsapp/sms/call) untuk menempah tempat anda.

Terima kasih dan semoga kita berjumpa di Melaka!

logo1

 

05 Jan

4 seminar yang boleh membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik

Salam.

Kita kini sudah melangkah ke tahun baru 2015.

Saya pasti anda mempunyai banyak azam baru terutamanya azam berkenaan kewangan. Jika anda mencari-cari peluang pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang, saya cadangkan anda mempelajari ilmu pelaburan emas. Ini kerana pelaburan emas sangat baik untuk jangkamasa panjang dan sangat ideal bagi membina kekayaan.

Buat pengetahuan anda, ketika ini harga emas sedang berada di dalam trend menurun. Klik link ini untuk melihat trend harga emas semasa

Namun yang demikian, itu tidak bermakna anda boleh terus berlari ke kedai emas dan terus membeli emas! Atau lebih teruk anda terjebak pula dengan skim pelaburan emas! lagi haru biru!
Baiklah, di sepanjang bulan Januari ini, terdapat 4 seminar yang boleh membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik iaitu:
  1. Seminar Gold Investment 101
  2. Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas
  3. Seminar Group Coaching – Strategi menjana pendapatan sebagai pedagang spot gold dan currencies
  4. Seminar GST dan Prinsipal Syariah ke atas Emas Fizikal

Anda boleh muat turun maklumat lanjut mengenai seminar-seminar tersebut di link ini: seminar_pelaburan_emas

Setelah membaca pdf tersebut, ambil keputusan pantas untuk menyertai seminar-seminar ini.
Saya yakin ini permulaan terbaik untuk tahun 2015 anda!
Sehingga berjumpa lagi!
syukor_shufaad
01 Jan

Kelas spot gold dan currency (forex) trading di Kuala Lumpur (KL)

Salam.

Bagi yang berminat untuk mempelajari ilmu online trading, atau lebih tepat lagi spot gold dan currency atau forex trading, saya menjemput anda untuk menyertai saya pada sesi latihan seterusnya.

Berikut adalah detail untuk kelas tersebut:

  • Tarikh: 28 dan 29 Januari 2015
  • Masa: 9.00 am – 6.00 pm
  • Fee: RM1500
  • Tempat: Kuala Lumpur/Bandar Tasik Selatan – To be confirm

Untuk tempat, saya masih lagi menunggu pengesahan dari tempat latihan. Tapi jangan risau, saya akan pastikan ia akan di adakan di sekitar Kuala Lumpur atau paling jauh pun Bandar Tasik Selatan.

Apa yang lebih penting, book tarikh 28 dan 29 Januari tersebut. Dan jika anda bekerja, sila ambil cuti kerana itu ialah hari bekerja (Rabu dan Khamis).

Selepas kelas selama 2 hari ini, saya akan membimbing anda melalui sesi Mentoring Video selama 6 bulan (seminggu 2 video) dan juga anda akan di masukkan ke dalam whatsapp support group saya. So, dont worry. Anda tidak akan keseorangan.

Hubungi saya sekarang. Tambah kan ilmu anda sempena tahun 2015!

Group Coaching KL