Salam traders.

gold 27 Okt 2015

Support area yang harus anda perhatikan ialah $1156.67/58.83. Selain dari menjadi support area yang kuat, ia juga adalah paras fibo 38.2%.

Jika paras support ini berjaya bertahan, maka ada kemungkinan near term bullish akan bersambung. Next resistance area ialah di $1170, $1179 dan $1191.

Jika paras support ini berjaya di pecahkan (breakout), maka next support terletak di $1151 dan fibo 61.8% di $1138.

Teknikalnya, saya short term bullish di gold.

Salam semua.

Seperti biasa, pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan, berita Non-Farm Payroll atau disebut NFP menjadi tumpuan. Jika dulu saya sering menggandingkan news ini dengan Unemployment rate, tetapi sekarang saya mendapati news yang perlu di beri perhatian lebih selain dari NFP ialah Average Hourly Earnings.

Average Hourly Earnings adalah news berkaitan dengan perubahan kadar bayaran yang di bayar oleh industri atau organisasi kepada pekerja mereka. Bahasa paling mudah, ia adalah upah per jam. Di dalam forexfactory.com, kadar upah ini di berikan di dalam bentuk %. Anda sebenarnya boleh melihat kadar ini di dalam USD di laman web bls.gov.

average hourly earningsSelain dari data Average Hourly Earnings, anda juga boleh melihat data-data penting lain seperti Average Weekly Hours dan Average Weekly Earnings.

Kenapa perubahan dalam kadar upah ini penting? Kerana ianya akan memberi maklumat kuasa membeli (spending power) rakyat US. Bila spending power ini tinggi, maka economic cycle akan berjalan dengan baik. Kalau economic cycle baik, maka ini adalah berita baik kepada US, yang mana seterusnya akan di gunakan oleh Yellen untuk menaikkan kadar interest rate nya; which is going to be tidak bagus untuk gold.

Baik. Berbalik kepada data old-skool kita, NFP. Berdasarkan rekod terkini, iaitu bulan lepas, berlaku hubungan songsang (ok serius tak senonoh ayat ni) antara data ini dengan harga emas (dan silver). Cuba anda perhatikan jadual di bawah:

NFP vs Gold Okt 2015Bulan lepas, analyst menjangkakan NFP akan mencecah 220K. Tetapi jangkaan ini ternyata ke laut apabila NFP hanya mencatatkan data sebanyak 173K. Yang songsang nya adalah, ketika NFP turun ke laut, harga emas dan silver juga turun ke laut, dengan emas turun sebanyak 0.28% manakala silver turun 1.07%. (Kebiasaanya jika NFP turun, emas dan silver akan naik.)

Jadi, bagaimana pula dengan kali ini? Para analis menjangkakan NFP akan berada di paras 201K. Berdasarkan kepada analisis saya, sekiranya;

  • NFP mencatatkan lebih dari 220K, maka emas dan silver akan ke laut.
  • NFP mencatatkan kurang dari 190K, maka ada harapan emas dan silver akan naik.

So, standby ye malam ni… 🙂

ini additional info untuk anda. Selain dari data NFP dan Average Hourly Earnings ini, saya juga melihat;

  • China dan India telah mula menambah stok bullion mereka. Begitu juga Rusia.
  • ETF tidak menyebelahi gold bug. Berlaku outlow dalam 3rd quarter. walaupun tidak sebanyak quarter yang sebelum ini.
  • etf netflows

OK. Saya harapkan anda berpuas hati dengan penerangan saya. Saya masih lagi bias bear kepada market gold dan silver. Tiada perubahan di situ. Jika anda ingin menambah stok emas fizikal, silakan. Jika anda berminat dengan spot gold, saya jemput anda untuk hadir ke kelas group coaching pada 5 dan 6 Oktober ini.

Sehingga berjumpa lagi. Happy pipping!

 

Salam semua.

gold 30 sept 2015

Secara teknikalnya, harga emas berada di dalam satu pattern atau formation yang di kenali sebagai symmetrical triangle. Pattern ini boleh di kenalpasti dengan kehadiran harga high di ikuti dengan lower high dan low di ikuti dengan higher low, seperti di dalam gambarajah.

Di hujung pattern ini, anda akan dapat melihat apa yang di panggil sebagai apex (bukan apek). Ianya adalah tipping point, atau boiling point atau di sebut juga sebagai pressure point untuk price membuat keputusan sama ada untuk break ke atas atau ke bawah. Jika arah market di jadikan sebagai filter, maka saya melihat kebarangkalian untuk harga emas break ke bawah adalah lebih cerah berbanding ke atas.

MACD juga sedang menunjukkan tanda-tanda awal yang ianya akan turun di bawah paras 0.00.

Strong resistance level terletak pada $1156.67 manakala strong support level terletak pada $1098.75. Untuk intraday support dan resistance level, anda boleh lihat jadual ini; wats 30 sept 2015Saya ambil dari Wyckoff ni. Terer mamat ni. Kene percaya ni. Takkan dia nak bohong kite..

OK. Saya harap sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda nak jadi seorang trader, saya menjemput anda hadir ke kelas Group Coaching saya yang akan di adakan pada 5 dan 6 Oktober ini. Selamat belajar dan happy pipping!

Salam semua.

Saya baru selesai rakamkan satu sesi video mentoring khusus untuk anda peminat emas. Sesi ini saya lakukan menjelang 2 event utama; yang pertama ialah FOMC meeting yang akan berlaku pada hari Jumaat jam 2.00 pagi, di susuli dengan Fed Statement pada jam 2.30 pagi.

Yang kedua, pada hari Sabtu ini, saya dan sahabat saya Syukor Hashim akan mengadakan kelas Analisis Teknikal Harga Emas di TheCandles, Sunway bermula jam 9.00 am sehingga jam 5.00 pm. Masih ada lagi kekosongan. So jika anda berminat, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Akhirnya, saya berharap agar sesi video mentoring ini akan memberi manfaat kepada anda semua dan seterusnya menjadikan anda seorang penyimpan/pelabur/trader yang lebih bijak.

Enjoy!

Salam.

Jika anda sudah mempelajari serba sedikit ilmu berkaitan dengan online trading, maka langkah seterusnya adalah untuk memantap kan nya lagi dengan tunjuk ajar atau guide dari trader yang lebih berpengalaman.

Salah satu cara nya ialah dengan melanggan sesi Video Mentoring dari saya. Buat pengetahuan anda, sesi Video Mentoring ini akan di adakan setiap hari Isnin dan Rabu, di mana setiap client akan mendapat link terus ke email mereka. Kebiasaan nya, setiap sesi akan mengambil masa selama 20 minit.

Di dalam setiap sesi, saya akan bahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi fundamental dan teknikal. Saya juga akan memberikan trade idea dan trade setup untuk pair yang mempunyai potensi. Pendek cerita, saya akan filter kan pasaran untuk anda trade.

Mudah kan?

Di bawah ini adalah sample terkini sesi Video Mentoring yang telah saya siapkan untuk para student saya semalam;

JIka anda ingin melanggan servis ini, bayaran yang saya kenakan hanyalah RM400 untuk sesi Video Mentoring selama 6 bulan. Maknanya, anda akan menerima sebanyak 48 sesi video mentoring (8 sesi sebulan x 6 bulan). Cukup banyak?

Pembayaran boleh di buat terus ke akaun Maybank 5541 1010 5387 Candlestick Consulting. Kemudian, whatsapp slip payment beserta nama penuh dan email ke address ke nombor 012-9965946.

Saya yakin imu yang saya kongsikan dengan anda semua di dalam sesi ini akan dapat membantu anda memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan anda di dalam dunia online trading.

Terima kasih dan selamat belajar!