01 May

Apa yang akan anda pelajari di dalam kelas Personal Coaching?

Secara ringkasnya, ini adalah antara topik-topik yang bakal anda pelajari selama 3 hari bersama saya di dalam kelas Personal Coaching:

1. Trading psikologi
– trading objective
– handling losses
– time management
2. Money & Risk Management
– reward to risk ratio
– lot size and leverage
– risk strategy
3. Technical Analysis
– support & resistance
– trend
– trade setup
– breakout strategy
– reversal pattern strategy
– pullback strategy
– divergence signal
4. Fundamental Analysis
– the role of central banks
– what news to look for

FYI, anda bukan sahaja akan di dedahkan dengan market forex, tetapi juga market spot gold, silver, oil dan juga index utama US seperti Dow dan S&P. Selain itu juga, strategi yang anda pelajari di dalam kelas ini, boleh juga di gunakan untuk pasaran Bursa; jika itu yang ingin anda trade.

Apa yang lebih penting ialah, anda akan mendapat support dari saya sampai salah seorang dari kita mati. Ok?

Kepada yg berminat, sila hubungi saya di no 012-9965946.

Terima kasih.

Shufaad
The Authentic Trader

18 Apr

Inginkan Analisis Pasaran Forex, Spot Gold dan Index di buat oleh saya?

Salam semua.

Saya ingin menawarkan sesuatu yang dapat membantu anda membuat analisis pasaran forex, spot gold dan index dengan lebih mudah. Bagaimana mudah?

Saya melakukannya untuk anda. Ya. Saya akan membuat analisis ini untuk anda, 2 kali seminggu, kebiasaanya pada hari Isnin dan Rabu selama 20 minit setiap sesi selama 6 bulan.

Secara totalnya, 2 video x 4 minggu x 6 bulan = 48 video selama 6 bulan, dengan jumlah minit sebanyak 960 minit atau pun selama 16 jam pembelajaran.

Di dalam sesi video mentoring ini, saya akan menyentuh aspek ekonomi semasa, mengupdatekan anda dengan news-news terkini juga dengan peluang trade yang ada untuk hari dan minggu tersebut.

Anda boleh saksikan contoh video mentoring seperti di bawah:

Clear kan? Senang faham kan? Anda suka saya buat analisis untuk anda seperti ini? Setiap minggu? Setiap bulan?

Jika anda tak puas tengok satu video ni, apa kata anda terus ke YouTube channel saya. Ada berpuluh video analisis yang saya buatkan di situ.

Klik saja pada link ini — http://bit.ly/MVChannel

Jadi, berapa harga yang perlu anda bayar untuk saya membuat analisis ini untuk anda? Ini semua bergantung kepada pelan yang anda pilih.

pelan video mentoring 1

Murah kan? Bahasa Inggerisnya—dirt cheap.

So, jika anda inginkan saya membuat semua analisis ini untuk anda, jangan tunggu lama-lama.

Detail pembayaran adalah seperti berikut:

Bank: Maybank

No Akaun: 554110105387 Candles tick Consulting

No untuk di hubungi: 012-9965946

*Selepas membuat pembayaran, sila wasap/telegram slip pembayaran beserta nama penuh dan email kepada saya.

Semoga anda pantas merebut peluang keemasan ini. Terima kasih!

 

 

25 Nov

Spot Gold: Berusaha membina base

Salam.

Chart pertama yang ingin saya tunjukkan kepada anda semua ialah chart gold di dalam time frame daily;

gold 26 nov 2015Berdasarkan kepada chart di atas, harga emas telah mencatatkan paras low nya di 1064.23, iaitu paras support. Semenjak dari itu, terdapat beberapa cubaan untuk price bounce semula tetapi gagal. Bagaimana saya katakan gagal? Kerana price masih lagi mencatatkan lower highs seperti yang di tunjukkan oleh garisan trendline.

Walaupun gagal mencatatkan harga yang lebih tinggi, price juga gagal memecahkan (breakout) paras support 1064.23 berkenaan. Ini menunjukkan buyer atau bargain hunters sedang membina base atau kubu mereka di area support tersebut.

Sekarang perhatikan pula indikator momentum kita, MACD. Kelihatan nya histogram sudah semakin menunjukkan tanda-tanda yang ia ingin ke cross di atas 0.00 manakala MACD line juga sudah semakin hampir untuk cross signal line. Jika crossover ini berlaku dan price mampu break di atas garisan trendline, saya melihat ini merupakan sesuatu positif dari harga emas.

Ok. Apa kata saya zoom kepada time frame yang lebih kecil, H1.

gold h1 26 nov 2015Perhatikan bagaimana buyer membina kubu mereka di kotak yang saya tandakan. Anda juga boleh melihat bagaimana paras low yang di catatkan sudah semakin tinggi (higher low). Positif untuk harga emas? Yup, I reckon so. Mungkin emas memerlukan sedikit push dari fundamental – tension di Rusia/Turki, China beli emas, Fed tak jadi naik kan rate- akan membantu melonjakkan kembali harga emas.

Kita tunggu dan lihat. Happy pipping!

27 Oct

Spot Gold: Bolehkah support area $1156 bertahan?

Salam traders.

gold 27 Okt 2015

Support area yang harus anda perhatikan ialah $1156.67/58.83. Selain dari menjadi support area yang kuat, ia juga adalah paras fibo 38.2%.

Jika paras support ini berjaya bertahan, maka ada kemungkinan near term bullish akan bersambung. Next resistance area ialah di $1170, $1179 dan $1191.

Jika paras support ini berjaya di pecahkan (breakout), maka next support terletak di $1151 dan fibo 61.8% di $1138.

Teknikalnya, saya short term bullish di gold.

02 Oct

Gold, NFP dan Average Hourly Earnings

Salam semua.

Seperti biasa, pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan, berita Non-Farm Payroll atau disebut NFP menjadi tumpuan. Jika dulu saya sering menggandingkan news ini dengan Unemployment rate, tetapi sekarang saya mendapati news yang perlu di beri perhatian lebih selain dari NFP ialah Average Hourly Earnings.

Average Hourly Earnings adalah news berkaitan dengan perubahan kadar bayaran yang di bayar oleh industri atau organisasi kepada pekerja mereka. Bahasa paling mudah, ia adalah upah per jam. Di dalam forexfactory.com, kadar upah ini di berikan di dalam bentuk %. Anda sebenarnya boleh melihat kadar ini di dalam USD di laman web bls.gov.

average hourly earningsSelain dari data Average Hourly Earnings, anda juga boleh melihat data-data penting lain seperti Average Weekly Hours dan Average Weekly Earnings.

Kenapa perubahan dalam kadar upah ini penting? Kerana ianya akan memberi maklumat kuasa membeli (spending power) rakyat US. Bila spending power ini tinggi, maka economic cycle akan berjalan dengan baik. Kalau economic cycle baik, maka ini adalah berita baik kepada US, yang mana seterusnya akan di gunakan oleh Yellen untuk menaikkan kadar interest rate nya; which is going to be tidak bagus untuk gold.

Baik. Berbalik kepada data old-skool kita, NFP. Berdasarkan rekod terkini, iaitu bulan lepas, berlaku hubungan songsang (ok serius tak senonoh ayat ni) antara data ini dengan harga emas (dan silver). Cuba anda perhatikan jadual di bawah:

NFP vs Gold Okt 2015Bulan lepas, analyst menjangkakan NFP akan mencecah 220K. Tetapi jangkaan ini ternyata ke laut apabila NFP hanya mencatatkan data sebanyak 173K. Yang songsang nya adalah, ketika NFP turun ke laut, harga emas dan silver juga turun ke laut, dengan emas turun sebanyak 0.28% manakala silver turun 1.07%. (Kebiasaanya jika NFP turun, emas dan silver akan naik.)

Jadi, bagaimana pula dengan kali ini? Para analis menjangkakan NFP akan berada di paras 201K. Berdasarkan kepada analisis saya, sekiranya;

  • NFP mencatatkan lebih dari 220K, maka emas dan silver akan ke laut.
  • NFP mencatatkan kurang dari 190K, maka ada harapan emas dan silver akan naik.

So, standby ye malam ni… 🙂

ini additional info untuk anda. Selain dari data NFP dan Average Hourly Earnings ini, saya juga melihat;

  • China dan India telah mula menambah stok bullion mereka. Begitu juga Rusia.
  • ETF tidak menyebelahi gold bug. Berlaku outlow dalam 3rd quarter. walaupun tidak sebanyak quarter yang sebelum ini.
  • etf netflows

OK. Saya harapkan anda berpuas hati dengan penerangan saya. Saya masih lagi bias bear kepada market gold dan silver. Tiada perubahan di situ. Jika anda ingin menambah stok emas fizikal, silakan. Jika anda berminat dengan spot gold, saya jemput anda untuk hadir ke kelas group coaching pada 5 dan 6 Oktober ini.

Sehingga berjumpa lagi. Happy pipping!

 

30 Sep

Spot gold di dalam triangle pattern

Salam semua.

gold 30 sept 2015

Secara teknikalnya, harga emas berada di dalam satu pattern atau formation yang di kenali sebagai symmetrical triangle. Pattern ini boleh di kenalpasti dengan kehadiran harga high di ikuti dengan lower high dan low di ikuti dengan higher low, seperti di dalam gambarajah.

Di hujung pattern ini, anda akan dapat melihat apa yang di panggil sebagai apex (bukan apek). Ianya adalah tipping point, atau boiling point atau di sebut juga sebagai pressure point untuk price membuat keputusan sama ada untuk break ke atas atau ke bawah. Jika arah market di jadikan sebagai filter, maka saya melihat kebarangkalian untuk harga emas break ke bawah adalah lebih cerah berbanding ke atas.

MACD juga sedang menunjukkan tanda-tanda awal yang ianya akan turun di bawah paras 0.00.

Strong resistance level terletak pada $1156.67 manakala strong support level terletak pada $1098.75. Untuk intraday support dan resistance level, anda boleh lihat jadual ini; wats 30 sept 2015Saya ambil dari Wyckoff ni. Terer mamat ni. Kene percaya ni. Takkan dia nak bohong kite..

OK. Saya harap sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda nak jadi seorang trader, saya menjemput anda hadir ke kelas Group Coaching saya yang akan di adakan pada 5 dan 6 Oktober ini. Selamat belajar dan happy pipping!

17 Sep

Analisis Teknikal dan Fundamental Harga Emas menjelang FOMC

Salam semua.

Saya baru selesai rakamkan satu sesi video mentoring khusus untuk anda peminat emas. Sesi ini saya lakukan menjelang 2 event utama; yang pertama ialah FOMC meeting yang akan berlaku pada hari Jumaat jam 2.00 pagi, di susuli dengan Fed Statement pada jam 2.30 pagi.

Yang kedua, pada hari Sabtu ini, saya dan sahabat saya Syukor Hashim akan mengadakan kelas Analisis Teknikal Harga Emas di TheCandles, Sunway bermula jam 9.00 am sehingga jam 5.00 pm. Masih ada lagi kekosongan. So jika anda berminat, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Akhirnya, saya berharap agar sesi video mentoring ini akan memberi manfaat kepada anda semua dan seterusnya menjadikan anda seorang penyimpan/pelabur/trader yang lebih bijak.

Enjoy!

21 Jul

Video Mentoring untuk Spot gold dan Currency trading

Salam.

Jika anda sudah mempelajari serba sedikit ilmu berkaitan dengan online trading, maka langkah seterusnya adalah untuk memantap kan nya lagi dengan tunjuk ajar atau guide dari trader yang lebih berpengalaman.

Salah satu cara nya ialah dengan melanggan sesi Video Mentoring dari saya. Buat pengetahuan anda, sesi Video Mentoring ini akan di adakan setiap hari Isnin dan Rabu, di mana setiap client akan mendapat link terus ke email mereka. Kebiasaan nya, setiap sesi akan mengambil masa selama 20 minit.

Di dalam setiap sesi, saya akan bahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi fundamental dan teknikal. Saya juga akan memberikan trade idea dan trade setup untuk pair yang mempunyai potensi. Pendek cerita, saya akan filter kan pasaran untuk anda trade.

Mudah kan?

Di bawah ini adalah sample terkini sesi Video Mentoring yang telah saya siapkan untuk para student saya semalam;

JIka anda ingin melanggan servis ini, bayaran yang saya kenakan hanyalah RM400 untuk sesi Video Mentoring selama 6 bulan. Maknanya, anda akan menerima sebanyak 48 sesi video mentoring (8 sesi sebulan x 6 bulan). Cukup banyak?

Pembayaran boleh di buat terus ke akaun Maybank 5541 1010 5387 Candlestick Consulting. Kemudian, whatsapp slip payment beserta nama penuh dan email ke address ke nombor 012-9965946.

Saya yakin imu yang saya kongsikan dengan anda semua di dalam sesi ini akan dapat membantu anda memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan anda di dalam dunia online trading.

Terima kasih dan selamat belajar!

22 May

Antara kehendak dengan keperluan; Nissan Skyline GTR34 codename Godzilla

Salam.

Maaf. Post kali ini tidak ada kaitan dengan emas mahupun trading.

Bagi yang belum mengenali saya, sebenarnya saya ini adalah anak pomen. Saya di besarkan (raise and breed) di workshop kereta.

Bunyik enjin adalah umpama lagu Isabella. Kelajuan adalah adrenalin rush saya. Saya mempunyai impian untuk mempunyai trek kereta saya sendiri. Belakang rumah. Bukak pintu dapur, masuk kereta, terus layan trek.

Best.

Saya juga ada list atau senarai kereta-kereta yang perlu ada di dalam garaj saya. Next time saya updatekan list tu. Buat masa ni saya nak concentrate pada satu kereta.

This one particular car. The legend. The one they called Godzilla. Nissan Skyline GTR34.

Nissan Skyline GTR34

Nissan Skyline GTR34

Saya jumpa iklan kereta ini di mudah.my. Harga nya hanya RM143,800.00 dan saya assume, cash sahaja. Setiap kali saya tengok kereta ini, berdegup degup jantung saya, sesak nafas saya, rasa tak senang duduk dan rasa macam saya dah ada dalam kereta tu.

Ini kereta idaman saya. Bukan Ferrari, bukan Porsche, bukan Lambo (tapi kalau bagi saya ambik jugak!).

Tapi setiap kali saya tengok harga tu, saya akan terfikir, dengan duit sebanyak tu, berapa banyak lagi duit yang saya boleh buat darinya.

RM143,800 – saya boleh beli share Tenaga, Maybank, MYEG, BDB, Bonia, Armada dan macam-macam lagi.

RM143,800 – saya convertkan ke USD boleh dapat dalam $38,143.00. Saya boleh beli share Apple, Tesla, P&G, Paycom, Visa dan macam-macam lagi. Saya juga boleh gunakan modal tu untuk trade spot gold, silver, oil, EURUSD, GBPSD, AUDUSD, USDCAD dan macam-macam pair yang lain.

RM143,800 – saya juga boleh beli tanah di kampung saya, mungkin boleh dapat dalam 4 ekar, kemudian tanam kelapa sawit, getah ataupun gaharu.

Huh. Kadang-kadang kita terpaksa pandai membezakan antara kehendak dengan keperluan. Pada masa yang sama, saya juga kena paham apa yang di maksudkan dengan terma “reward yourself”.

Plan saya – tingkatkan pendapatan. Target saya – Income RM100,000 sebulan.

Kemudian baru beli.  🙂

P/s: Oh ya! Kepada anda yang kenal owner GTR34 (tak semestinya yang dalam gambar ni shj) boleh tak mintak dieorang tolong simpankan kereta ni untuk saya? Insya allah saya akan beli. Pasti beli.