Salam semua.

Bagi sesiapa yang serius mahukan income di dalam USD sebagai seorang trader, anda kini boleh sertai saya di dalam kelas Group Coaching yang akan saya adakan pada tarikh-tarikh berikut:

  1. 20 & 21 Nov (Ahad & Isnin)
  2. 27 & 28 Nov (Ahad & Isnin)
  3. 9 & 10 Dec (Jumaat & Sabtu)
  4. 11 & 12 Dec (Ahad & Isnin)
  5. 20 & 21 Jan 2017 (Jumaat & Sabtu)
  6. 22 & 23 Jan 2017 (Ahad & Isnin)

Semua kelas akan di adakan di TheCandles, Sunway bermula jam 9.00 am sehingga jam 5.00 pm.

Selain dari kelas selama 2 hari, para peserta juga akan mendapat:

  • Koleksi video mentoring (2015 dan 2016)
  • Telegram support group
  • Free repeat class (boleh masuk lagi sampai pandai)
  • Support dari saya sampai mati

Untuk tujuan promosi, fee nya hanyalah RM888 sahaja.

Untuk menempah tempat anda, deposit sebanyak RM450 perlu di jelaskan sebelum kelas. Pembayaran boleh di buat pada akaun Maybank 5541 1010 5387 Candlestcik Consulting. Selepas pembayaran di buat, sila wasap slip beserta nama penuh kepada saya di talian 012-9965946.

Selamat menempah seat anda!

Salam semua.

Ketika saya mula-mula start trading sekitar tahun 2006, tak banyak resources yang berkaitan dengan forex trading di Malaysia. Maksud saya, ketika itu nak carik orang Malaysia yang cerita pasal forex ni punya la susah.

Pada masa tu,nak google untuk dapatkan info merupakan satu seksaan. Bukan sebab saya tak paham bahasa Inggeris, tetapi lebih kepada ketidakcemerlangan internet yang menyebabkan masa menunggu depan PC meningkat.

last-last fed up.

Sekarang, saya lihat dah ramai orang yang ingin trade. Yang ingin mendapatkan second income dan ada juga yang bercita-cita menjadi Full Time Trader atau bahasa glamernya FTT.

Mungkin pengaruh marketing. Bila trade, mesti dapat duit banyak, kereta super duper, melancong satu dunia dan macam – macam lagi. Ada juga pihak yang mengatakan trading forex ini senang, mudah dan sebagainya.

Saya tak kata anda tak boleh buat duit dengan trading. Confirm boleh. Saya boleh, student-student saya boleh. pada masa yang sama juga, anda juga boleh kehilangan duit. Confirm boleh. Saya boleh, student-student saya lagi lah boleh!

Jadi, kena balance. Kalau kata ada untung, mesti kata ada possibility untuk rugi juga. Teknikal sahaja tidak mencukupi. Tahu entry sahaja tak cukup. Kene tahu fundamental, kena tau kat mana nak letak stop loss, kat mana nak letak take profit. Kena tau jugak nak manage capital, berapa % risk yang nak pakai, berapa lot size nak pakai. Psikologi pun penting. Ramai season dan newbie trader fail bab psikologi. Dalam erti kata lain, mental calaq.

Senang cerita, belajar lah dulu tentang online trading, tentang forex trading. Lepas tu, baru lah anda trade. Masa belajar tu kita pakai demo akaun. Dah konfiden dan ada untung di demo akaun, baru lah main real akaun.

Saya akui, kaedah saya ini merupakan kaedah yang konservatif, slow. Tapi trading ni macam marathon. Sape yang stay lama, insya allah boleh untung.

So, keyword nya belajar, belajar dan terus belajar!

nison gateSehingga berjumpa lagi! 🙂

 

Salam.

Bagi para pelajar kelas Personal/Group Coaching saya, anda semua sudah maklum bahawa saya seorang swinger. lebih tepat lagi, saya seorang position trader. Apa maknanya tu? Maknanya saya akan membaca dan memahamkan kesan news (fundamental analisis) ke atas satu-satu currency atau komoditi (gold/silver/oil) dan kemudian akan menggunakan pengetahuan tersebut untuk membuka position berdasarkan kepada analisis teknikal; kebanyakan nya hanya price action dan candlestick pattern.

Tetapi adakah semua orang sesuai untuk jadi swinger seperti saya?

Secara asasnya, ada 3 jenis trader yang wujud di dunia online trading ini:

  1. Scalper – berjiwa kental, mempunyai 2 jantung, mempunyai banyak sangat masa lapang, menghabiskan banyak masa menatap chart, menggunakan time frame yang kecil seperti M1 (1 minit) dan M5( 5 minit), reward dan risk ratio kadang-kadang ke laut dan selalunya tidak menggunakan stop loss (kebanyakan yang saya jumpa banyak menggunakan strategi gerak hati).
  2. Intraday – memilih spesifik masa untuk trade, buka position pagi atau di awal market open dan sebelum tidur make sure dah close (untung atau rugi belakang kira), boleh tidur nyenyak waktu malam, menggunakan time frame seperti H1 dan H4.
  3. Swinger – memilih untuk trade di time frame seperti Daily dan Weekly, lebih tenang dan hensem ketika membuat penilian entry, satu bulan kadang-kadang cuma ada 4 atau 5 entry sahaja, menggunakan pendekatan set it and forget it, ada yang trade hanya berdasarkan trend sahaja (tiada counter trend), lebih banyak masa bersama keluarga dan orang tersayang.

By the way, masa saya mula-mula trade dulu saya pun seorang scalper. Tak lama, 3 tahun saje. Total loss. Tak pernah untung. Itu saya. Tak sesuai dengan scalping. Mungkin anda sesuai sebab semua orang berbeza.  So pilih lah anda ingin jadi trader yang bagaimana.

trade-with-styleSemoga anda membuat pilihan yang bijak!

***MUAT TURUN MT4 DARI FXPRIMUS SEKARANG. KLIK LINK INI UNTUK MEMBUKA DEMO/REAL AKAUN ANDA.