Apa impak FOMC kepada harga emas dan perak?

Salam.

Pagi esok kita akan berhadapan dengan satu news yang di tunggu-tunggu oleh semua trader dan investor seluruh dunia, iaitu FOMC atau nama penuh nya Federal Open Market Committee.

Oh ya. Ianya bukan exactly ‘satu’ news, tetapi empat news yang saling berkaitan. Highlight tentulah pada Federal Fund Rate. Di jangkakan Fed akan menaikkan rate dari 1.25% kepada 1.50% atau kenaikan sebanyak 25 point basis.

Selain itu, FOMC Press Conference  juga akan menjadi medan untuk para wartawan bertanyakan tentang hala tuju Fed seterusnya. Ia juga di lihat sebagai PC terakhir Yellen sebagai Chairwoman di Fed.

Bagaimana pula impaknya dengan harga emas dan perak?

JIka kita melihat chart harga emas di bawah, terdapat satu paras support di fibonacci 50% atau $1240. Jika news FOMC ini di lihat baik kepada USD, ada kemungkinan paras ini akan di pecahkan. Next possible support terletak pada fibo 61.8% atau di area $1212.

Namun begitu, ada juga kemungkinan harga emas untuk melonjak kembali ke area $1260/70 sekiranya tiada kenaikan rate berlaku atau mungkin ada sesuatu yang akan di bentangkan di dalam PC kelas yang mana mungkin di lihat dovish oleh para trader dan investor.

Untuk harga perak pula, support terdekat terletak pada area $15.60 yang mana jika area ini berjaya di pecahkan, maka harga perak akan mengalami apa yang di panggil sebagai free fall area. Next support terletak pada $14.78.

Sebaliknya, resistance terhampir terletak pada area $16.00 (10EMA) dan juga di $16.30 (20EMA) dan harga terendah untuk 6 Okt 2017.

Apa sahaja keputusan dari Fed, harga emas dan perak sekarang sebenarnya telah berada pada area yang sangat rendah. Dan jika anda masih lagi belum membuat pelaburan pertama anda, maka ini adalah masa nya.

Terima kasih.