Ekstrak AM-PM Roundup 11 April 2018

Harga emas meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 7 minggu di sebabkan oleh pembelian safe haven.

Rumusan:  Harga emas meningkat ke paras teringgi dalam tempoh 7 minggu manakala harga perak pula meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 2 bulan di sebabkan oleh permintaan safe haven oleh para pelabur.

Tindakan ini adalah susulan dari komen Presiden Trump di Twitter yang memberi amaran kepada Rusia tentang kehadiran peluru berpandu US dan mengatakan yang Rusia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Beliau juga mengingatkan Rusia agar tidak bersekongkol dengan Syria; yang mana telah terlibat dengan insiden menggunakan gas beracun terhadap orang awam.

Kesan nya, harga emas telah meningkat sebanyak $15.30 kepada paras $1361.00/oz manakala harga perak pula meningkat sebanyak $0.209 kepada paras $16.805/oz.

Analisis Fundamental:

  1. Harga emas sedikit meningkat ketika ada laporan yang menyatakan Arab Saudi telah berjaya memintas peluru berpandu di kota Riyadh.
  2. Kebanyakan indeks stock market utama dunia di niagakan rendah. US stock market bermula agak perlahan tetapi meningkat sedikit di pertengahan sesi dagangan. Aktiviti pengambilan untung di lihat berlaku di stock index beserta dengan kebimbangan investor terhadap tindakan US military ke atas Syria.
  3. Consumer Price Index (CPI) US jatuh sebanyak -0.1% manakala Core CPI berada pada 0.2%. Trader juga menunggu minit mesyuarat FOMC bulan Mac yang di keluarkan pada jam 2.00 pagi tadi.
  4. Outside market: USD index di buka agak rendah dan berada pada paras terendah bagi tempoh 2 minggu. Ia masih dilihat sebagai satu corrective pullback selepas USD index mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh 5 minggu pada hari Jumaat yang lepas. Crude oil pula melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 2 tahun dan berada pada paras $67.00/barrel. Brent oil pula meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun dan mencatatkan paras tertinggi $71.00/barrel. Faktor utama yang mendorong kepada kenaikan harga minyak ini adalah US-China trade tensions dan aktiviti ketenteraan antara US-Syria.

Analisis Teknikal:

  1. Emas

Trend: Bullish untuk near term.

Target: Bull- Break dan close di atas area resistance $1375.50, Bear – break dan close di bawah area support $1322.60

Resistance: $1369.40 dan $1375.50, Support: $1350.00 dan $1342.50.

Wyckoff Market Rating: 7.0

2. Perak

Trend: Slight bullish untuk near term

Target: Bull – Break dan close di atas resistance area $17.00, Bear – Break dan close di bawah support area $16.10.

Resistance: $16.89 dan $17.00, Support: $16.515 dan $16.295.

Wyckoff Market Rating: 5.5

Terima kasih.

Sumber: http://www.kitco.com/news/2018-04-11/Gold-Surges-to-7-Wk-High-On-Safe-Haven-Buying.html

 

Analisis Teknikal Harga Emas 18 Dis 2017

Salam.

Satu persolan yang sedang bermain di dalam fikiran saya, “Jika kenaikan interest rate oleh Fed tidak berjaya menolak jatuh harga emas, then apa lagi news yang boleh?”

Memandangkan kita juga telah menghampiri pertengahan bulan Disember, maka ada kemungkinan harga emas telah pun mencapai paras terendah nya di $1236 untuk bulan ini. Dan berdasarkan kepada pergerakan harga emas 2-3 tahun yang lepas, ada kemungkinan juga ini adalah permulaan kepada bullish move dari emas.

Sudah tentu saya akan melihat kepada faktor fundamental lain seperti kegilaan Trump, dasar baru Fed di bawah chairman yang baru, next stage untuk Brexit dan QE program di Euro. Selain dari itu, faktor Bitcoin  dan other Cryptos juga akan di ambil kira memandangkan ianya adalah fenomena terbaru dan ada juga membandingkan nya dengan emas. Oh ya, saya juga akan memerhatikan pasaran indeks ; S&P, Dow dan Nasdaq untuk sebarang pullback (atau reversal?).

Apa pun trading sedang menghampiri ke penghujung tahun 2017 yang mana secara tradisi nya akan agak slow kerana di penuhi dengan cuti hujung tahun. Jadi ini merupakan minggu terakhir untuk sebarang big movement berlaku. Jikalau anda seorang aktif trader, berhati-hati lah ye.

Terima kasih.