03 Dec

Bursa: Nasihat (atau amaran?) dari Bursa tentang share XOX

Salam.

Sejak beberapa hari lepas, saya memerhatikan satu share yang agak familiar; XOX. Kenapa familiar? sebab saya pernah nampak logo syarikat ini di baju Dato’ Lee Chong Wei :).

Apa yang saya perhatikan ialah bagaimana share syarikat ini jatuh dengan sangat mendadak sehingga Bursa Malaysia telah mengeluarkan satu statement berkaitan trading activities ini. Anda boleh baca full artikel nye di sini: http://www.themalaysianinsider.com/business/article/bursa-advises-caution-in-trading-xoxs-shares.

Ok. sekarang apa kata kita tengok chart XOX.

XOX 3 dec2015Perhatikan kotak biru yang saya tandakan tu. Lihat bagaimana price break paras support (sekarang dah jadi resistance 2 dan resistance 1) di sertai dengan volume yang sangat tinggi (warna merah). Ini adalah ciri-ciri kesungguhan seller dalam menjual mana-mana share; price break support + volume yang tinggi. Jika nak tengok kesungguhan buyer, reverse kan shj formula ni ok!

Reason nya? Baca semula artikel di atas dan anda dapat sebabnya. Sudah tentu ianya fundamental.

Pandangan saya, jangan beli dulu share ini. Jangan kerana harganya jatuh dan murah maka anda tertarik untuk membeli nya. We can never know how low it can go.

Take care!