Support dan Resistance sebagai asas Analisis Teknikal

Salam.

Jika anda tanya kepada saya, apa kah perkara terpenting yang mesti di ketahui oleh seseorang trader, maka jawapannya ialah support dan resistance. Ini ialah ilmu yang paling asas, paling basic yang mesti di kuasai oleh semua trader.

Paras support dan resistance terbentuk dari aktiviti pembelian dan penjualan oleh para trader dan investor pada satu-satu sekuriti atau instrumen di dalam pasaran yang mana kemudiannya menghasilkan pergerakan harga.

Takrifan support dan resistance dalam bahasa yang paling mudah adalah:

  • Paras support, di kenali sebagai paras lantai ialah paras yang mana di lihat oleh buyer sebagai paras harga yang rendah dan berbaloi untuk di beli.
  • Manakala paras resistance pula di kenali sebagai paras siling dan ianya di lihat oleh seller sebagai paras harga yang cukup tinggi dan berbaloi untuk mula menjual.

Berdasarkan kepada pengalaman saya, apa-apa strategi yang menggunakan paras support dan resistance merupakan strategi yang paling pure dan paling berkesan. Apa yang di perlukan oleh seseorang trader untuk menguasai ilmu ini ialah skil observation atau pemerhatian terhadap pergerakan harga semasa apabila ianya menghampiri paras-paras support atau resistance.

Satu falsafah mudah yang boleh di praktikkan oleh para trader ialah “beli di support dan jual di resistance”. Mudah kan?

Praktis, praktis dan praktis ye!

 

Support dan resistance

Support dan resistance

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *