30 Sep

Spot gold di dalam triangle pattern

Salam semua.

gold 30 sept 2015

Secara teknikalnya, harga emas berada di dalam satu pattern atau formation yang di kenali sebagai symmetrical triangle. Pattern ini boleh di kenalpasti dengan kehadiran harga high di ikuti dengan lower high dan low di ikuti dengan higher low, seperti di dalam gambarajah.

Di hujung pattern ini, anda akan dapat melihat apa yang di panggil sebagai apex (bukan apek). Ianya adalah tipping point, atau boiling point atau di sebut juga sebagai pressure point untuk price membuat keputusan sama ada untuk break ke atas atau ke bawah. Jika arah market di jadikan sebagai filter, maka saya melihat kebarangkalian untuk harga emas break ke bawah adalah lebih cerah berbanding ke atas.

MACD juga sedang menunjukkan tanda-tanda awal yang ianya akan turun di bawah paras 0.00.

Strong resistance level terletak pada $1156.67 manakala strong support level terletak pada $1098.75. Untuk intraday support dan resistance level, anda boleh lihat jadual ini; wats 30 sept 2015Saya ambil dari Wyckoff ni. Terer mamat ni. Kene percaya ni. Takkan dia nak bohong kite..

OK. Saya harap sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda nak jadi seorang trader, saya menjemput anda hadir ke kelas Group Coaching saya yang akan di adakan pada 5 dan 6 Oktober ini. Selamat belajar dan happy pipping!