Personal Coaching vs Group Coaching

Salam semua.

Saya menerima banyak pertanyaan tentang apa bezanya kelas Personal coaching berbanding kelas Group coaching – selain dari harganya nya lah!

First sekali, kelas Personal Coaching (PC) obviously adalah one to one session antara saya dan anda – bakal trader. Tidak seperti kelas Group Coaching (GC) yang mana terdapat antara 2 – 20 orang di dalam kelas. Jadi jika anda seorang pemalu atau jika anda rasakan anda mahukan perhatian lebih dari saya, maka PC adalah pilihan terbaik.

Yang kedua. Dengan kelas PC, anda bebas untuk memilih tarikh. Anda pilih tarikh dulu, bagi kat saya, dan saya tengok jadual saya pulak. Kalau saya free, then kita on. Dan tak semestinya 3 hari straight. Contohnya, anda tak boleh belajar 3 hari berterusan – Isnin sampai Rabu. Mungkin atas faktor tak boleh ambik cuti lama-lama atau apa shj, then kita akan buat kelas Ahad- Selasa. Yang penting, dalam tempoh kelas 3 hari tu, mesti ada 1 hari weekdays atau hari biasa, bukan Sabtu dan Ahad. Sebab kita nak tengok market live dan bergerak. Untuk GC pula, tarikh di tentukan oleh saya. 100% oleh saya.

Yang ketiga. untuk anda yang mengambil PC, kita akan berjumpa setiap bulan untuk saya pantau progress anda sebagai seorang trader. Jadi anda perlu sediakan soalan, trading journal dan pastikan anda telah hafal apa yang perlu di hafal – conthnya candlestick pattern. Bila kita berjumpa, saya akan membantu anda menganalisa apa kesalahan di dalam trade yang telah anda lakukan dan saya akan menjawab semua soalan yang anda tanyakan. Saya juga akan update anda dengan new strategi dan trade oppurtunities yang ada di dalam market sekarang. Di GC pula, anda di jemput untuk hadir ke kelas GC dan revision secara percuma berulang-ulang kali. Kelas free, hanya bayar duit makan shj.

Itu 3 perbezaan utama yang boleh saya fikirkan buat masa ini. Pesanan saya, jika anda serius untuk menjadi seorang trader yang berjaya, maka langkah pertama ialah MENCARI ILMU terlebih dahulu. Jangan sesekali menghabiskan duit anda dengan membuka live/real account tanpa sebarang ilmu. In long run, anda akan rugi banyak.

Terima kasih.

kelas Personal coaching dan group coaching

kelas Personal coaching dan group coaching

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *