Beli emas secara ansuran dengan EPP dari Public Gold

Salam.

Untuk memastikan anda mampu untuk membeli emas, Public Gold telah memperkenalkan satu kaedah pembelian emas seara ansuran atau di kenali sebagai Easy Payment Purchase (EPP).

Apa yang perlu anda tahu mengenai EPP?

  1. Semua produk Public Gold yang berharga RM500 ke atas, layak untuk menggunakan kaedah EPP.
  2. Harga produk yang di beli akan di bahagikan kepada 4 bulan bayaran.
  3.  Admin fee sebanyak 0.5% atau minimum RM5 akan di kenakan.
  4. Setelah anda selesai membayar selama 4 bulan, bawak resit original ke cawangan Public Gold berdekatan dan ambil produk anda.
  5. Jika anda ada duit lebih dan setelkan keseluruhan bayaran pada bulan ke 2, di persilakan. Lagi cepat, lagi bagus. Maksimum 4 bulan saja ye.

Di bawah ini ada contoh EPP yang saya selalu buat:

Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold
Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold

So berdasarkan kepada contoh EPP di atas, anda dapat lihat bahawa harga produk (1 dinar) tersebut ialah RM563. Setelah di bahagikan kepada 4 bulan, customer saya akan membayar sebanyak RM146 untuk bulan pertama, kemudian RM141 (bulan kedua), RM141 untuk bulan ketiga dan untuk bulan ke empat hanya RM140.

Mudah kan? Ini lah kelebihan EPP.

Apa tunggu lagi? Mulakan simpanan emas anda dengan EPP dari Public Gold. Mudah dan telus.

GST dan emas

Salam.

Salah satu topik hangat di Malaysia sekarang ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan Goods and Services Tax atau nama glamernya GST. Kalau kita tengok kempen dari blok kerajaan, semuanya mengatakan GST ini bagus, baik dan indah. Kalau tengok dari blok pembangkang, maka sudah tentulah sebaliknya.

Tanpa menyentuh kesan GST kepada ekonomi dan masyarakat Malaysia secara keseluruhan, saya cuma nak fokus kepada GST dan emas. Soalan yang paling banyak di tanya ialah “adakah harga emas akan naik bila ada GST?”

Baik. Ada beberapa perkara yang perlu di jelas kan dahulu.

  1. Emas 999.9 tidak di kenakan GST. Ini bermakna Gold bar 999.9, Bunga Mas 999.9 (keluaran Public Gold) dan emas 1 gram dan 10 gram LBMA (keluaran Nadeer) tidak akan di kenakan GST.
  2. Emas 916 akan di kenakan GST. Maknanya dinar* dan D-series (barang kemas) keluaran Public Gold) akan di kenakan GST.

*Terdapat juga rumours yang mengatakan bahawa Public Gold akan mengeluarkan dinar 999.9 dalam jangkamasa terdekat. Ini berita baik sebenarnya. 🙂

Dari segi harga, apabila GST di implementasikan, saya melihat akan ada kenaikan pada harga emas. Cuma ianya telah di priced in atau di serap terus ke dalam kos pengeluarannya. Maksudnya, selain dari kos premium dan tukaran wang asing, parameter GST akan di kenakan kepada emas tersebut.

Saya teringat satu laporan yang saya baca tentang harga rumah – GST tidak akan di kenakan kepada sektor rumah tetapi harga rumah tetap akan naik antara 1 – 2%. Mengapa? Kerana GST di kenakan kepada barang-barang mentah yang di gunakan untuk membuat rumah. (Menteri yang bijak memberi jawapan yang bijak).

Jadi bersedialah ya. Beli emas dari sekarang. Confirm lebih murah dari tahun depan!

GST

Temui saya di Kolej Jutawan – Azizi Ali, 13 Disember 2014

Salam.

Kelmarin saya menerima berita baik dari sahabat saya, Syukor Hashim. Azizi Ali, Mentor Wang #1 Malaysia telah sudi menjemput saya dan Syukor ke seminar Kolej Jutawan yang akan di adakan pada 13 Disember 2014 bertempat di Wisma MCA, KL. Dan yang paling best, kami adalah VIP! Yeayyy!

Ini merupakan sesuatu yang agak mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini memang saya dan Syukor selalu berbincang untuk berjumpa dengan Azizi Ali bagi membincangkan perihal penerbitan buku. Tak sangka pula beliau yang ambil langkah pertama.

So, kalau anda belum lagi register untuk seminat ini, apa kata anda cepat-cepat berbuat demikian. Tiket pun murah dan dah nak sold out. So pantas-pantas ambil tindakan!

Kita jumpa di sana ye!

p/s: Anda boleh klik poster di bawah untuk terus mendaftar ke seminar ini 🙂

Azizi Ali - Kolej Jutawan
Azizi Ali – Kolej Jutawan