Berapakah modal yang di perlukan untuk start real trading akaun?

Salam.

Ini adalah antara soalan yang sering di tanya kepada saya.

“En Shufaad. Berapa modal saya nak start real akaun?”

Ada broker yang mempunyai entry yang sangat rendah. $50 (USD) pon dah boleh start real akaun. Ada yang $100. Ada juga yang $250. Di sebabkan entry yang rendah, ramai newbie yang tak sabar nak bukak real akaun.

Sabar anak muda…jangan gelojoh.

Berdasarkan pengalaman saya, amaun minimum untuk start real akaun ini adalah $1000. Ye satu ribu dollar US atau kira-kira RM3300. Tak banyak sebenarnya tu. Cuba anda bandingkan kalau anda nak start satu bisnes konvesional. Nak bayar deposit kedai, nak renovate kedai, nak amik stok, nak buat wiring, aircond, nak letak CCTV, nak gaji pekerja dan macam-macam lagi – agak-agaknya berapa kos semua tu?

RM10,000? RM30,000?

Untuk anda mulakan bisnes online trading anda – ye, trading ialah satu bisnes – takkan anda nak mulakan dengan RM330? Apa yang boleh anda expect dari modal serendah itu? Nak ambik pengalaman? Better main demo akaun dulu. Itu jauh lebih baik.

Praktis di demo akaun. Dah konfiden, dah ada konsisten profit, baru start real akaun.

Nak download kat mana demo akaun tu?  Klik logo yang saya berikan ni dan download MT4 dari situ.

FXPrinus logo
FXPrinus logo

Selamat belajar ye!

Terima kasih

Buku trading bahasa Melayu, Trade Like Me

Salam.

Trade Like Me ialah buku tulisan saya yang ke 3. Tajuk je bahasa Inggeris, tapi sebenarnya buku ni di tulis dalam bahasa Melayu. Lebih tepat lagi 99.9% bahasa Melayu sebab ada banyak istilah teknikal yang di gunakan di dalam trading yang tak berapa nak boleh di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. So saya rasa lebih baik saya biarkan saja.

Di dalam buku ini saya berkongsi pengalaman saya mencari ilmu trading, sumber rujukan yang saya gunakan dan juga siapakah cikgu-cikgu yang terlibat di dalam membantu saya di dalam bidang ini.

Selain itu, saya juga ada menceritakan tentang trading objektif, bagaimana untuk mengira risk dan reward, menguruskan trade, candlestick reversal pattern, divergence trading dan macam-macam lagi.

Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang masih baru di dalam dunia online trading; terutamanya currency (forex) dan juga spot gold. Sebelum anda masuk kelas Personal/Group Coaching, buku ini adalah bacaan wajib untuk anda.

Harga nya hanya RM60 siap pos. JIka berminat, hubungi saya sepantas kilat. OK?

Terima kasih.

Buku Trade Like Me
Buku Trade Like Me

Promosi menjadi usahawan Public Gold bulan November

Salam semua.

Bagi yang berminat untuk menjadi usahawan Public Gold, anda kini boleh merebut peluang tersebut sempena promosi bulan November ini.

Apa yang perlu anda lakukan hanya lah membeli sebanyak 150 gram emas 999.9 di dalam satu invois. Mudah kan?

Kalau di kira harga sekarang, tak sampai RM20K pun. (Kalau takde promosi ni, nak jadi dealer kena ada RM30K. So dah jimat RM10K!).

Ambil tindakan sekarang. Promosi ni hanya untuk bulan November sahaja. Kalau terlepas, tak de lah. Pantas, pantas hubungi saya ye!

Terima kasih.

Usahawan Public Gold
Usahawan Public Gold