Seminar GST dan Prinsipal Syariah ke atas Emas Fizikal

Salam

Anda free 31 Januari ni? Kalau ye, saya jemput anda untuk hadir ke seminar GST dan Prinsipal Syariah ke atas emas fizikal yang akan di adakan di TH Hotel Kelana Jaya bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

GST dan Prinsipal Syariah ke atas Emas Fizikal

Seramai 4 orang penceramah di jemput untuk berkongsi idea dan pandangan tentang topik tersebut dan sudah tentulah yang paling di tunggu-tunggu ialah sifu saya, En Azizi Ali, Mentor Kewangan #1 Malaysia. Beliau akan berkongsi pandangan di dalam satu topik yang di beri tajuk “Cabaran Pasaran Emas Fizikal Terkini Malaysia”

Baik. Kalau anda berminat, harga tiket cuma RM100, siap makan. Hubungi saya di talian 012-9965946 untuk menempah tiket anda sekarang.

Sehingga berjumpa lagi k!

Seminar pelaburan emas yang tepat dan selamat

Salam.

Bagi memastikan anda berada di dalam trek pelaburan yang betul untuk tahun 2015 ini, saya menjemput anda untuk hadir ke seminar “Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas” oleh sahabat saya, Syukor Hashim. Di bawah ini adalah jadual seminar beliau:

Seminar Pelaburan Emas
Seminar Pelaburan Emas

Saya juga akan ada di sana bersama-sama dengan beliau. So, basically anda dapat 2 in 1; ilmu tentang pelaburan emas fizikal yang tepat dan selamat dan ilmu online trading, terutamanya spot gold dan currency.

By the way, seminar ini 100% percuma. Yep. FREE. Datang saja, jumpa saya. Ada soalan, sila tanya. OK?

Semoga kita berjumpa lagi!  Terima kasih.

 

4 seminar yang boleh membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik

Salam.

Kita kini sudah melangkah ke tahun baru 2015.

Saya pasti anda mempunyai banyak azam baru terutamanya azam berkenaan kewangan. Jika anda mencari-cari peluang pelaburan terbaik untuk jangka masa panjang, saya cadangkan anda mempelajari ilmu pelaburan emas. Ini kerana pelaburan emas sangat baik untuk jangkamasa panjang dan sangat ideal bagi membina kekayaan.

Buat pengetahuan anda, ketika ini harga emas sedang berada di dalam trend menurun. Klik link ini untuk melihat trend harga emas semasa

Namun yang demikian, itu tidak bermakna anda boleh terus berlari ke kedai emas dan terus membeli emas! Atau lebih teruk anda terjebak pula dengan skim pelaburan emas! lagi haru biru!
Baiklah, di sepanjang bulan Januari ini, terdapat 4 seminar yang boleh membantu anda menjadi pelabur emas yang lebih baik iaitu:
  1. Seminar Gold Investment 101
  2. Seminar Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas
  3. Seminar Group Coaching – Strategi menjana pendapatan sebagai pedagang spot gold dan currencies
  4. Seminar GST dan Prinsipal Syariah ke atas Emas Fizikal

Anda boleh muat turun maklumat lanjut mengenai seminar-seminar tersebut di link ini: seminar_pelaburan_emas

Setelah membaca pdf tersebut, ambil keputusan pantas untuk menyertai seminar-seminar ini.
Saya yakin ini permulaan terbaik untuk tahun 2015 anda!
Sehingga berjumpa lagi!
syukor_shufaad