Analisis Teknikal Emas dan Perak di Youtube

Salam.

Anda tau saya ada youtube channel? Tak tau? Adus…menyedihkan sungguh. Sebenarnya dah lama dah saya ada channel ni. Dalam 4 tahun dah. Dan ada banyak video tentang emas dan peral dan juga forex yang saya upload kan di situ.

Yang terbaru saya uploadkan video tentang emas dan perak hari Ahad lepas. Yang tak sempat tengok tu, meh kita layan di sini:

 

Bagaimana anda boleh buat untung dengan silver?

Salam.

Bagi anda yang mempunyai modal yang sedikit tetapi masih minat untuk invest di precious metal, maka silver adalah pelaburan terbaik buat masa ini. Dengan harga serendah RM255 untuk 100 gram silver 999.9, ia jauh lebih murah berbanding ‘abang besar nya’ iaitu gold (100 g = RM18K++).

Sebenarnya, terdapat beberpa tempat anda boleh membuat untung dengan silver. Yang membezakan adalah produk, knowledge anda dan juga risiko. Jom kita tengok 3 top tempat bagaimana anda boleh membuat untung dengan silver:

  1.  Membeli silver fizikal – risiko paling rendah. Beli silver dapat silver.  Buy low, simpan baik-baik, harga naik then jual. Tempoh untuk simpan minimum 5 tahun. Saya rekemen anda beli di Public Gold. Website nya publicgold.com.my. Harga 100g hanya serendah RM255 sahaja. By the way, saya pernah tengok harga silver 1 Kg mencecah RM6k++ pada tahun 2011. So berbaloi kalau start sekarang. Selain itu, anda juga boleh buka Silver Accumulation Program akaun untuk simpanan silver secara sedikit-sedikit.
  2. Trade spot silver – risiko tinggi. Saya pernah tengok seorang trader ni loss $5k dalam satu malam. Menangis. Tapi tu salah dia sebab tak letak stop loss. padan muka. Tapi dengan knowledge yang betul, anda boleh gandakan modal anda dalam tempoh yang pantas. Lot size sekecil 0.01. Pergerakan nya hampir sama dengan spot gold. Banyak sumber knowledge di kongsi bersama dengan spot gold. Tiada silver fizikal. Saya cadangkan anda trade di Primus. Spread yang kecil.
  3. Trade saham syarikat melombong silver – risiko tinggi sama seperti spot silver. Ada dua pilihan. Anda boleh beli share nya atau boleh trade CFD. Anda boleh trade menggunakan local remisier seperti RHB investment tetapi kos agak tinggi. Anda juga boleh buka akaun dengan overseas broker seperti di City Index. Ada banyak pilihan stock untuk di trade. Bergantung kepada berapa besar modal kita. DI bawah ni ialah contoh share syarikat melombong silver terbesar dunia iaitu KGHM Polska Miedz, Poland.

OK. So anda dah tau sekarang kat mana tempat untuk kita buat duit. Sekali lagi saya nak ingatkan, ketiga-tiganya adalah produk yang berbeza, yang memerlukan knowledge yang berbeza dan membawa risiko yang berbeza. Oh ya. Sudah semestinya modal juga adalah berbeza.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus roger saya k.

Terima kasih.

Harga share 3 syarikat melombong (mining) emas terbesar dunia.

Salam.

Saya selalu update anda dengan harga spot gold; at least sebagai trader dan investor yang bijak, itu adalah harga yang perlu anda ketahui.

Bagi yang inginkan sesuatu yang lebih advance, apa kata anda trade di stock market. Ye, masih lagi berkaitan dengan emas tetapi kali ini ia adalah share syarikat yang melombong emas.

Berdasarkan kepada data yang saya ambil dari mining.com, top 3 syarikat melombong emas terbesar dunia untuk tahun 2016 ialah Barrick Gold (5.52 million oz), di ikuti oleh Newmont Mining (4.9 moz) dan AngloGold Ashanti (3.63 moz). Anda boleh lihat list top 10 nya di sini: http://www.mining.com/update-worlds-top-10-gold-producers/

Now, as a trader,  why limit our potential just untuk FX dan spot gold market kan? Lebih bagus sekiranya kita juga dapat trader stock syarikat-syarikat emas ini. Tapi, mahal ke share atau stock price nya? Mampu ke kita beli?

Apa kata kita tengok harga dan chart nya sekali di bawah ini.

Yang pertama ialah Barrick Gold. Harga share nya ialah sekitar $13.18 sahaja.

Murah kan? OK. macam mana pulak dengan yang kedua terbesar dunia, Newmont? Emm..price nya tinggi sedikit dari Barrick iaitu $39.11.

Dan yang terakhir adalah AngloGolf Ashanti. Berapa usd?

Yep. Hanya $10.45 per share sahaja.

The fact yang ketiga-tiga share price ini adalah dalam CFD (contract for difference), maksudnya kita tidak memerlukan modal yang besar untuk membeli atau menjual share syarikat-syarikat tersebut.

Dan ye. Anda boleh short sell. Boleh jual tanpa perlu membeli, Just like in FX dan spot gold. lagi la cool… (Bursa tak boleh ye…).

So, next time apa kata anda explore share price ini dengan lebih lagi. Mana tau anda boleh jadi stock trader yang hebat pulak.

Terima kasih!