Analisis Teknikal: XAUUSD 21 Mac 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1.  Harga emas sedang menghampiri support area $1302/07 dan fibonacci leve 50.0%.
  2. Jika area support ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada fibo 61.8% atau di area $1285.
  3. Dengan lower highs yang di catatkan oleh price dan order of EMAs, maka bias adalah untuk harga emas menurun lagi.
  4. Namun, jika buyer bertindak mengambil alih pasaran, maka saya melihat trend line yang saya lukiskan dari high Feb 16 perlu lah di pecahkan (breakout). Jika harga emas berjaya break dan close di atas trend line ini, maka ada kemungkinan harga emas boleh meningkat lagi.
  5. Penggerak utama kepada harga emas sudah tentulah FOMC yang akan di adakan pada awal pagi esok (2.00 am). Selain dari rates, perhatikan juga Press Conference yang akan di adakan pada jam 2.30 am.

Terima kasih.

Analisis Teknikal: XAUUSD – 8 Mac 2018

Salam.

Secara teknikal nya;

  1. Emas masih lagi berada di dalam satu trading range di antara support area $1300/06 dan resistance area $1360/66.
  2. Resistance terdekat dengan current price ialah $1340 yang mana ianya telah terbukti menjadi satu resistance area yang strong; berdasarkan kepada beberapa kali attempt dari buyer untuk memecahkan nya gagal. Anda boleh lihat kotak biru yang saya tandakan di atas.
  3. Namun, jika resistance area ini pecah, maka ada kemungkinan price boleh meningkat lagi sehingga ke resistance area range ini.
  4. Jika seller bertindak untuk menjual dengan lebih agresif atau mungkin usd kembali kukuh, maka support area $1300/06 adalah sasaran yang paling realisitk.
  5. Jika support area ini break, kemungkinan harga boleh jatuh ke paras fibo 61.8% ($1285). Dan jika selling activity ini di teruskan, maka next support ialah di area low candle 12 Dec 2017, iaitu di $1236. Senario ini di lihat sebagai satu free fall area bagi harga emas.

Terima kasih.

Analisis Teknikal Emas dan Perak di Youtube

Salam.

Anda tau saya ada youtube channel? Tak tau? Adus…menyedihkan sungguh. Sebenarnya dah lama dah saya ada channel ni. Dalam 4 tahun dah. Dan ada banyak video tentang emas dan peral dan juga forex yang saya upload kan di situ.

Yang terbaru saya uploadkan video tentang emas dan perak hari Ahad lepas. Yang tak sempat tengok tu, meh kita layan di sini: