NFP vs Gold & Silver

Salam semua.

Seperti biasa, ini adalah news yang paling di tunggu-tunggu oleh semua trader; secara tradisionalnya; dan sekarang menjadi news wajib tunggu oleh penyimpan dan pelabur emas profesional.

Sebelum saya menghuraikan nya dengan lebih lanjut, apa kata anda lihat jadual di bawah;

U.S.Labor-Reports-gold-price-and-silver-prices-NOV-2015

Ketika NFP bulan lepas hanya mencatatkan sejumlah 142K berbanding 201K (forecast), harga gold meningkat sebanyak 2.04% manakala silver meningkat 5.18%. Ini merupakan satu peningkatan yang ketara terutama sekali kepada harga silver di mana peningkatan ini merupakan yang tertinggi untuk tahun 2015.

Berdasarkan kepada jadual di atas juga, anda dapat lihat bagaimana most of the time harga gold dan silver mempunyai negative correlation dengan NFP. Untuk lebih tepat lagi sebenarnya, ialah US Dollar Index.

Untuk kali ini, NFP di sasarkan sebanyak 179K.

  • jika actual NFP > 179K, gold dan silver akan jatuh. (Jika ingin lihat harga gold dan silver jatuh banyak, maka NFP perlu > 200K).
  • jika actual NFP < 179K, gold dan silver akan naik.

Satu lagi news yang perlu diberi perhatian ialah Average Hourly Earnings kerana ia akan memberi gambaran kekuatan perbelanjaan secara keseluruhan. Untuk detail mengenai news ini, sila ke www.bls.gov.

Secara teknikalnya, saya melihat harga emas sedang menghampiri paras support yang terdiri dari psycho level $1100.

gold 6 nov 2015

Berdasarkan kepada chart di atas, paras support $1100 sebelum ini mempunyai kebolehan untuk menarik bargain hunters kembali ke dalam pasaran. So, secara teknikalnya saya tidak terperanjat sekiranya saya melihat harga akan bounce dari paras $1100 tersebut, walaupun data NFP mencatatkan angka yang agak baik.

Sekali lagi yang perlu di beri perhatian sebenarnya adalah bagaimana investor dan trader mengambil data NFP sebagai satu hint kepada kebarangkalian Fed menaikkan interest rate nya Disember ini. Still very cloudy, still very uncertain but saya still berpendapat mereka (Fed) tidak akan menaikkan rate tersebut tahun ini.

Happy pipping!

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *