Kesan kejatuhan harga minyak kepada Rusia

Salam.

Satu fakta yang saya yakin semua orang di Malaysia tahu ialah harga minyak di stesen minyak telah di turunkan. Mengapa? Kerana harga minyak dunia telah jatuh ke paras terendah $53.58 per barrel (crude oil).

Ini merupakan satu fenomena baru apabila tiba-tiba ramai rakyat Malaysia yang tahu harga minyak dunia. Pada saya ia juga adalah petanda positif kerana rakyat Malaysia secara amnya berhak untuk mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang ekonomi; sama ada mikro mahupun makro.

Ok. itu cerita di stesen minyak. Di peringkat yang lebih besar, Rusia adalah antara negara yang menerima kesan yang paling teruk akibat kejatuhan harga minyak. Mengapa? Kerana 50% dari eksport Rusia adalah minyak. Ini seterusnya akan menjejaskan pendapatan Rusia. Dan juga matawang nya, iaitu Ruble.

chart USD/RUB

chart USD/RUB

Anda boleh perhatikan bagaimana ketika penghujung tahun 2013, 1USD bersamaan dengan 32.61 Ruble. Apa yang berlaku sekarang ialah bagaimana Ruble telah kehilangan nilainya berbanding USD apabila 1USD = 77.46 Ruble (paras tertinggi) sebelum di tutup pada 68.45 Ruble.  Teruk kan Ruble kene tapau?

Semalam, Rusia telah menaikkan interest rate nya kepada kadar yang paling tinggi semenjak 1998 iaitu 17% demi untuk menghalang kejatuhan Ruble berbanding US Dollar. Sebelum ini pun sebenarnya, Russian Central Bank telah melakukan intervention di dalam pasaran kewangan nya tetapi gagal. So, langkah menaikkan interest rate ini di lihat langkah terakhir RCB di dalam mempertahan kan Ruble. (langkah yang sama juga pernah di buat oleh BOE ketika melawan Soros and friends pada 1992). Adakah langkah ini akan berkesan? Kita tunggu dan lihat.

Oh ya. Siapa lagi pengeksport minyak dunia?

  • Arab Saudi – sekutu US dan pembuli utama di dalam cerita 1001 malam harga minyak.
  • Venezuela dan Iran – ya, antara negara lain yang tekena tempias kejatuhan harga minyak
  • Malaysia? – ada menteri yang bijak kata ekonomi Malaysia tidak terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia. Nasihat saya ada 2, tanya Petronas berapa income yang di sumbangkan kepada Malaysia sekarang dan belajar baca graf!

Terima kasih

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *