Kelebihan gold cast berbanding minted

Salam.

Anda pernah membeli 100 g emas? Cantik kan? Dia duduk dalam seal. Berkilat-kilat macam cermin. Ok. yang cantik tu kita panggil minted gold. Ada sejenis lagi gold kita panggil cast gold. Rupanya hodoh, tak berkilat, tapi kalau bagi nak tak? hehe

Baik. apa bestnya gold cast ni? Salah satu kelebihan utama gold cast berbanding minted ialah gold cast boleh di pajak di mana-mana Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.

Mengapa? Senang saja. Hal ini berlaku kerana gold cast tidak di seal seperti minted gold. Jadi ianya boleh di buka dan di uji oleh mana-mana agensi Ar-Rahnu.

Gold cast Public Gold 100 gram

Jika minted gold, Pos Ar-Rahnu akan menerima nya tanpa perlu menguji emas tersebut. Tetapi jika di Ar-Rahnu lain, contoh nya di Bank Rakyat, ianya perlu di buka dari seal untuk di uji ketulenannya.

Kalau dah buka seal, bukan nya emas tu tak laku tapi nanti bile nak jual balik pada Public Gold kena tolak sikit dari harga PG buy. Lagi satu, kalau nak jual pada customer lain pun tak best sebab seal tu dah koyak. Takkan nak lekat dengan solatape pulak kan!

So next time kalau anda dapat gold cast, jangan mengeluh sebab tak cantik ye. Di sebalik yang tak cantik tu, ada juga special nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *