Jadual kelas dan seminar untuk bulan Januari 2015

Salam.

Tahun 2015 di katakan tahun yang mencabar untuk semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Dengan nilai Ringgit yang semakin melemah dan cukai GST yang bakal di perkenalkan, ia merupakan satu ancaman kepada kesihatan kewangan bagi mereka yang tidak bersedia.

Satu perkara yang tidak berubah adalah saya dan sahabat saya, Syukor Hashim (admin Jutawanemas.com) akan terus berusaha untuk mendidik seberapa ramai orang di dalam bidang emas fizikal, emas spot dan juga currency (forex).

Ini kerana kami yakin ilmu adalah benteng terbaik bagi menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang.

Bagi yang betul-betul berminat untuk mendapatkan ilmu yang betul, tepat dan selamat, saya menjemput anda untuk hadir ke seminar atau kelas yang telah saya dan Syukor jadualkan sepanjang bulan Januari 2015:

  1. Gold Investment 101, 17 Januari, 9.00 am – 5.00 pm, MIM Petaling Jaya, RM150 seorang.
  2. Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas (ATHE), 24 Januari, 9.00 am – 5.00 pm, MIM Petaling Jaya, RM250 seorang.
  3. Group Coaching: Spot Gold dan Currency Trading, 28 dan 29 Januari, 9.00 am – 5.00 pm, Kuala Lumpur (to be confirm), Rm1500 seorang.

Dan kami juga akan mengadakan satu seminar baru yang di gelar “SAYA TRADER” yang akan mengfokuskan kepada aspek persediaan awal, psikologi trader dan beberapa topik penting yang mesti di ketahui oleh mereka yang ingin atau baru berjinak-jinak di dalam bidang online trading. Sila layari laman web www.sayatrader.com untuk maklumat lanjut mengenai seminar ini.

Semoga anda lebih bersedia menghadapi tahun 2015. Insya Allah.

Group Coaching KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *