Jadi trader ni kene melekat depan komputer 24 jam? Taklah!

Salam.

Salah satu mitos yang sering saya dengar dari mereka yang ingin belajar trading ialah sebagai trader, kita kene ‘melekat’ depan komputer, laptop, henpon 24 jam sehari. Tak boleh miss, tak boleh tinggal langsung.

Adoi! Penat macam tu!. Silap-silap boleh mati depan laptop ni.

Kita tak perlu buat macam tu sebenarnya. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan memilih sesi trading yang sesuai dengan masa lapang kita. Jadi kita boleh lah trade dengan hati yang tenang, tak payah terkejar-kejar, tak payah ngadap sangat laptop tu dan boleh tidur dengan aman. Macam mana tu?

Secara amnya, terdapat 3 sesi trading;  sesi Asian, European dan US. Cuba perhatikan diagram di bawah:

Berdasarkan kepada diagram ni, anda dapat lihat market akan open dengan pasaran Australia (Sydney) sekitar jam 5.00 am. Walaubagaimanapun, market Australia bukan lah market utama yang di perhatikan oleh trader. Sebaliknya, trader biasanya memilih untuk trade di waktu Japan (Tokyo) open iaitu pada jam 7.00 pagi waktu Malaysia. Di sinilah the real Asian session bermula.

So, kalau anda baru nak masuk keje jam 8.00 pagi, sesuai tak nak trade Asian session? Kalau tak sesuai, jangan. Setelkan keje kat opis dulu. Kang kantoi dengan bos pulak.

Next, kita ada market London yang di buka pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Satu jam selepas market London open, kita akan melihat beberapa market di Europe seperti di Frankfurt (Germany) ,Paris (France) dan Geneve (Swiss) akan bermula. Pertembungan antara market London dan sekutu Europe nya menjadikan waktu petang sangat ceria untuk para trader.

Di mana anda ketika itu? Sedang meeting kah?

Sessi terakhir ialah US session yang bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 3.00 pagi. Kebanyakan trader yang sebuk di waktu siang akan menumpukan perhatian kepada sesi ini. Ini kerana selain dari waktu open sesi US, biasanya terdapat news-news besar yang boleh menggerakkan pasaran berlaku; sekitar jam 8.30 sehingga jam 10.00 malam.

Bagaimana dengan anda? Kalau sesi Asian tak sempat, Europe terlepas, US session ialah pilihan terbaik. Concentrate di sini. Peruntukan 3-4 jam semalam sahaja. Tak perlu sampai jam 3.00 pagi. Kalau tak, esok nak pegi keje, mata macam panda bear.

And lastly, kalau kawan-kawan ajak ngeteh time ni, cakap anda bz, ada urusan membangunkan kewangan keluarga. Anda kan trader.

Semoga berjaya!

Shufaad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *