Harga emas jatuh lagi. Anda dah bersedia?

Yep. Semenjak dari sebelum FOMC sehingga sekarang, harga emas terus menurun. Harga emas sebelum FOMC ialah sekitar $1200 manakala harga post fOMC terendah di catatkan pada $1181. 

Buat pengetahuan anda juga, harga open emas untuk tahun 2018 ialah $1302.46. Manakala harga tertinggi yang di catatkan oleh emas tahun ini ialah di paras $1365.25. Harga terendah pula ternyata tidak jauh dari harga semasa iaitu di paras $1160.09.

Secara teknikalnya, kemungkinan area $1160 akan menjadi support area kepada emas. Berdasarkan kepada price action, ada kemungkinan jika harga emas terus menurun ke area tersebut, buyer akan sekali lagi membuat pembelian.

Jangan lupa juga yang sekarang kita sudah berada di penghujung suku tahun ke tiga. Yang mana secara trend nya, kita akan melihat harga emas akan mula meningkat di suku tahun ke empat.

Bagaimana dengan anda sebagai seorang penyimpan/pelabur emas fizikal? Dah sedia nak borong? Jika ya, roger saya ye. Saya tolong uruskan semuanya.

Terima kasih.

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *