Gold, NFP dan Average Hourly Earnings

Salam semua.

Seperti biasa, pada setiap hari Jumaat minggu pertama setiap bulan, berita Non-Farm Payroll atau disebut NFP menjadi tumpuan. Jika dulu saya sering menggandingkan news ini dengan Unemployment rate, tetapi sekarang saya mendapati news yang perlu di beri perhatian lebih selain dari NFP ialah Average Hourly Earnings.

Average Hourly Earnings adalah news berkaitan dengan perubahan kadar bayaran yang di bayar oleh industri atau organisasi kepada pekerja mereka. Bahasa paling mudah, ia adalah upah per jam. Di dalam forexfactory.com, kadar upah ini di berikan di dalam bentuk %. Anda sebenarnya boleh melihat kadar ini di dalam USD di laman web bls.gov.

average hourly earningsSelain dari data Average Hourly Earnings, anda juga boleh melihat data-data penting lain seperti Average Weekly Hours dan Average Weekly Earnings.

Kenapa perubahan dalam kadar upah ini penting? Kerana ianya akan memberi maklumat kuasa membeli (spending power) rakyat US. Bila spending power ini tinggi, maka economic cycle akan berjalan dengan baik. Kalau economic cycle baik, maka ini adalah berita baik kepada US, yang mana seterusnya akan di gunakan oleh Yellen untuk menaikkan kadar interest rate nya; which is going to be tidak bagus untuk gold.

Baik. Berbalik kepada data old-skool kita, NFP. Berdasarkan rekod terkini, iaitu bulan lepas, berlaku hubungan songsang (ok serius tak senonoh ayat ni) antara data ini dengan harga emas (dan silver). Cuba anda perhatikan jadual di bawah:

NFP vs Gold Okt 2015Bulan lepas, analyst menjangkakan NFP akan mencecah 220K. Tetapi jangkaan ini ternyata ke laut apabila NFP hanya mencatatkan data sebanyak 173K. Yang songsang nya adalah, ketika NFP turun ke laut, harga emas dan silver juga turun ke laut, dengan emas turun sebanyak 0.28% manakala silver turun 1.07%. (Kebiasaanya jika NFP turun, emas dan silver akan naik.)

Jadi, bagaimana pula dengan kali ini? Para analis menjangkakan NFP akan berada di paras 201K. Berdasarkan kepada analisis saya, sekiranya;

  • NFP mencatatkan lebih dari 220K, maka emas dan silver akan ke laut.
  • NFP mencatatkan kurang dari 190K, maka ada harapan emas dan silver akan naik.

So, standby ye malam ni… 🙂

ini additional info untuk anda. Selain dari data NFP dan Average Hourly Earnings ini, saya juga melihat;

  • China dan India telah mula menambah stok bullion mereka. Begitu juga Rusia.
  • ETF tidak menyebelahi gold bug. Berlaku outlow dalam 3rd quarter. walaupun tidak sebanyak quarter yang sebelum ini.
  • etf netflows

OK. Saya harapkan anda berpuas hati dengan penerangan saya. Saya masih lagi bias bear kepada market gold dan silver. Tiada perubahan di situ. Jika anda ingin menambah stok emas fizikal, silakan. Jika anda berminat dengan spot gold, saya jemput anda untuk hadir ke kelas group coaching pada 5 dan 6 Oktober ini.

Sehingga berjumpa lagi. Happy pipping!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *