Gold 17 April 2018

Salam.

Secara teknikal nya;

  1. Harga emas masih lagi berada di dalam range antara $1307 dan $1366. Range ini telah pun bermula dari penghujung bulan Januari 2018 sehingga sekarang atau hampir 4 bulan.
  2. Apabila sesuatu market berada di dalam range yang lama, ia hanya menunggu masa untuk melakukan breakout. Dan berdasarkan kepada trend semasa, ada kebarangkalian yang emas akan melakukan bullish breakout.
  3. In order untuk breakout ini berlaku,  harga emas perlu break dan close di atas area $1366 (resistance). Next resistance terletak pada area $1375 (high 2016). Ada juga sesetangah analis yang berpendapat menjelang Ogos tahun ini, harga emas bakal mencecah paras $1420/30.
  4. Pada masa yang sama juga, bear kelihatan gigih mempertahankan area resistance $1362/66. Latest kenaikan dari harga emas berlaku 11 April yang lepas, lantas mencatatkan harga tertinggi $1365.
  5. Serangan US dan sekutunya ke atas fasiliti senjata di Syria, yang berlaku pada hari mampu Jumaat lepas juga telah melonjakkan harga emas sebanyak lebih dari $13/oz.
  6. Kenaikan harga akibat dari serangan ini sebenarnya agak sedikit dan mengecewakan ramai analis. Ramai yang berpendapat harga emas sebenarnya mampu meningkat lebih tinggi dan seterusnya melakukan bullish breakout.
  7. Dari satu sudut, ia mengingatkan saya kepada apa yang pernah di sebutkan oleh legendary trader – Jim Rogers.  “When there is a lot of bad news and something like gold doesn’t go up, it means it’s not going to go up – the correction is not over for gold,”
  8. Mungkin, saya kata mungkin, kita akan melihat harga emas jatuh  dan seterusnya melakukan bearish breakout di bawah price $1307. Apa pun, saya akan terus memerhatikan outside fator seperti USD index dan crude oil sebagai panduan pergerakan harga emas seterusnya.

Terima kasih.

P/s: Kelas Fast Track seterusnya akan di adakan di Kuching, Sarawak pada 28 April ini. Jangan lepas kan peluang untuk belajar menjadi seorang trader yang profit dan konsisten bersama saya!

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *