Gap di spot gold. Apa maksudnya?

Salam semua.

Cuba perhatikan chart gold di bawah ini:

gold 11 sept 2015Ini adalah chart XAUUSD atau gold di time frame 5 minit. Berdasarkan kepada chart tersebut, anda dapat melihat bagaimana harga emas telah di tutup semalam pada harga $1108.38. Perhatikan juga saiz candle bear yang terakhir sebelum market tutup. Long black candle nama dia.

Now, apabila kita melihat saiz candle yang sebegitu besar, sudah tentulah kita mempunyai anggapan yang harga emas akan terus menjunam. Namun begitu apa yang berlaku pada awal pagi ini adalah sebaliknya.

Gap yang terhasil pagi ini adalah di sebabkan oleh short covering dan aktiviti bargain hunting oleh para trader dan investor. Ok…apa itu short covering? Short covering ialah satu aktiviti pembelian satu-satu sekuriti selepas ianya di jual (sell short). Bargain hunting pula ialah aktiviti pembelian yang di lakukan ketika harga satu-satu sekuriti di anggap murah oleh para trader dan investor.

Kombinasi 2 faktor ini di tambah dengan penurunan di dalam US Dollar Index dan kenaikan oil, menyebabkan gap terhasil dan seterusnya kenaikan pada harga emas. Resistance terdekat terletak pada 1115 dan yang seterusnya ialah pada 1125.

Adakah kenaikan ini akan berterusan? Jawapan sebenar terletak pada apa yang bakal berlaku di FOMC minggu hadapan. Still early untuk memberi harapan kepada anda, pencinta emas :).

Happy pipping!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *