Faktor luaran yang mempengaruhi harga emas

Salam.

Selain dari faktor permintaan dan penawaran yang merupakan faktor asas kepada pergerakan harga semua pasaran, terdapat apa yang di panggil sebagai faktor luaran atau “outside factor” yang boleh mempengaruhi harga emas.

2 faktor tersebut ialah:

  1. USD Index
  2. Harga minyak

Apa yang anda faham tentang USD Index? Ia adalah nilai US Dollar yang di bandingkan dengan 6 major currencies dunia; Euro, Yen, Pound, Cad, Krone dan Franc. Jika USD Index meningkat, maksudnya US Dollar menguat. Jika USD Index menurun, makna nya US Dollar melemah.

USD Index chart

USD Index chart

MInyak pula di gunakan sebagai asas kepada perngeluaran di peringkat industri, seperti industri perlombongan dan sebagainya. Penurunan harga minyak, seperti yang berlaku sekarang, sekurang-kurangnya memberi impak positif kepada pelabur-pelabur yang baru hendak bermula dengan emas. Ini kerana, di dalam keadaan normal, penurunan harga minyak ber erti kos pengeluaran emas dari lombong yang rendah, dan seterusnya hara emas yang lebih rendah. (saya kecualikan faktor permintaan dan penawaran buat masa ini ye).

Jadi, selepas ini pastikan anda memperhatikan kedua-dua faktor luaran ini sebelum anda bercita-cita untuk trade emas. Saya pasti ianya akan banyak membantu!

Terima kasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *