Emas fizikal pun ada spread?

Salam.

Spread ialah satu perkataan yang popular di kalangan online traders; terutamanya yang trade currency (forex). Di dalam dunia emas fizikal, spread sebenarnya ialah perbezaan di antara harga beli dan harga jual emas tersebut.

Cuba anda tengok harga di bawah;

Harga gold bar Public Gold
Harga gold bar Public Gold

Jika anda ingin membeli gold bar 10 gram, harga belian nya ialah RM1346 (PG Sell). Dan jika anda ingin menjual emas 10 gram tersebut, harga nya ialah RM1239 (PG Buy).

Berapa bezanya? RM1346 – RM1239 = RM107. Maksudnya kalau anda jual balik immediately, anda akan rugi RM107. Berapa peratus tu? Kira-kira 8%.

Untuk gold bar 10 gram, spreadnya ialah 8.0%. Unutk 20 gram, spreadnya 6.0%.

  • 50 gram spreadnya ialah 5.5%
  • 100 gram pula ialah 5.0%
  • 250 gram dan 500 gram hanya 4.5%

So, lagi besar gram emas yang anda beli, maka lebih untung anda dari segi spread. Sebab? lagi kecik spread, lagi cepat anda boleh untung (jika harga emas naik).

Nak beli 500 gram? Call saya cepat. Murah sangat dah ni.

Terima kasih.

Tagged: Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *