Kelas Spot Gold dan Currency trading di Kuantan dan Kuala Lumpur

Salam.

Poster baru untuk kelas Group Coaching: Spot Gold dan Currency trading di Kuantan dan KL baru saja saya siapkan. Kenapa ada yang baru? Sebab sebelum ni memang saya plan untuk buat di Kuantan sahaja, tiba-tiba ada permintaan untuk saya buat di KL.

Ada demand maka ada lah supply. Teori ekonomi kan?

So apa tunggu lagi. Hubungi saya sekarang untuk pendaftara.

Terima kasih.

Group Coaching Kuantan dan KL
Group Coaching Kuantan dan KL

Kelas Group Coaching: Spot Gold dan Currency Trading di Kuantan

Salam semua.

Pada 30 Nov dan 1 Dis (Ahad & Isnin), saya akan mengadakan kelas Group Coaching: Spot Gold dan Currency Trading di UTC Pahang, Kuantan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Bagi mereka yang betul-betul berminat untuk menjadi seorang trader, maka saya yakin kelas ini adalah pilihan terbaik anda.

Antara topik yang akan saya ajar kelak ialah trading psikologi, menetapkan objektif trading, risk dan money management, pengurusan trade, membaca berita-berita fundamental, menggunakan technical tools, candlestick reversal pattern dan banyak lagi.

Fee hanya RM1500 untuk kelas selama 2 hari, sesi mentoring video selama 6 bulan dan support di Watsapp group selama-lama (jaminan siapa mati dulu).

Anda lihat posternya di bawah dan buat keputusan segera. Hanya ada 15 tempat di sediakan dan biasanya full house.

Hubungi saya atau Tuan Amli di nombor yang tertera untuk menempah seat anda.

Terima kasih.

Group Coaching Kuantan
Group Coaching Kuantan

 

 

 

Terima kasih!

Salam semua.

Terima kasih kepada para peserta kelas Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas yang telah hadir untuk menghirup ilmu baca graf emas dan ilmu pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.

Insya Allah saya dan sahabat saya, Syukor Hashim akan membantu anda semua untuk menjadi seorang pelabur yang bijak dan kebal dari skim-skim cepat kaya yang bertopengkan emas dan forex.

Syukor berkongsi ilmu
Syukor berkongsi ilmu

Apa yang telah para peserta kelas ini pelajari?

Antara lain, kami telah membongkarkan teknik-teknik untuk membeli dan menjual emas fizikal Public Gold pada harga terbaik menggunakan ilmu Analisis Teknikal.

Selain itu, kami juga membantu para peserta mengenalpasti produk yang sesuai dengan position para peserta; sama ada sebagai seorang penyimpan, pelabur ataupun seorang trader.

Nak tahu lebih lanjut, kena datang kelas lah. Panjang nak cerita ni.

Cuma…

Ini merupakan kelas terakhir untuk tahun ini (rasanya). Jadi sesiapa yang terlepas peluang, kita jumpa tahun depan. Insya Allah.

Saya akan keluarkan jadual kelas untuk tahun hadapan sepantas kilat. Nanti anda boleh refer di blog saya.

Terima kasih semua!

Saya dan Syukor Hashim, Mentor Emas No 1 Malaysia
Saya dan Syukor Hashim, Mentor Emas No 1 Malaysia