Harga emas jatuh lagi. Anda dah bersedia?

Yep. Semenjak dari sebelum FOMC sehingga sekarang, harga emas terus menurun. Harga emas sebelum FOMC ialah sekitar $1200 manakala harga post fOMC terendah di catatkan pada $1181. 

Buat pengetahuan anda juga, harga open emas untuk tahun 2018 ialah $1302.46. Manakala harga tertinggi yang di catatkan oleh emas tahun ini ialah di paras $1365.25. Harga terendah pula ternyata tidak jauh dari harga semasa iaitu di paras $1160.09.

Secara teknikalnya, kemungkinan area $1160 akan menjadi support area kepada emas. Berdasarkan kepada price action, ada kemungkinan jika harga emas terus menurun ke area tersebut, buyer akan sekali lagi membuat pembelian.

Jangan lupa juga yang sekarang kita sudah berada di penghujung suku tahun ke tiga. Yang mana secara trend nya, kita akan melihat harga emas akan mula meningkat di suku tahun ke empat.

Bagaimana dengan anda sebagai seorang penyimpan/pelabur emas fizikal? Dah sedia nak borong? Jika ya, roger saya ye. Saya tolong uruskan semuanya.

Terima kasih.

Robert Kiyosaki dan buku terbaru beliau; FAKE.

Siapa tak kenal Robert Kiyosaki kan? Buku terbaru beliau bertajuk FAKE: Fake Money, Fake Teachers, Fake Assets di jangka akan di keluarkan pada bulan April 2019.  Bagi gold bug, ini adalah satu buku yang tak patut anda lepaskan.

So, sebelum kita dapatkan buku tersebut, apa kata kita dengar dulu interview beliau dengan kitco.com. Selamat menonton!

 

Buku FAQ Vol 1

Salam semua.

Alhamdulillah. Buku ke 5 saya, FAQ Vol 1: Kompilasi Soalan-soalan Wajib Tanya Tentang Pelaburan Emas, Analisis Teknikal dan Fundamental Harga Emas telah selamat di lancarkan 3 minggu lepas. Sambutan nya memang awesome lah. Terima kasih kepada pembeli terawal.

Secara basicnya, content buku ini terdiri dari 25 soalan-soalan dan jawapan kepada persoalan yang sering di tanya oleh pelabur emas. Kadang-kadang soalan yang sama di tanya berulang kali kepada saya. Dan oleh kerana jawapan nya pun sama, saya rasa better saya buat buku lagi bagus. Dan itulah yang akan ada dapati di dalam buku ini.

Jika anda berminat untuk menempah buku ini, sila whatsapp saya di nombor 0129965946. Oh ya, harganya hanyalah RM80 sahaja. Terima kasih.

Oh ya. Jika anda beli buku FAQ bersama-sama buku Analisis Teknikal dan Analisis Fundamental Harga Emas, saya ada bagi diskaun maut ye. Nak tau? whatsapp saya sepantas kilat k.

Sekali lagi, terima kasih.