Buku Analisis Teknikal Harga Emas sudah di kemas kini

Salam.

Saya baru selesai mengemas kini (update) buku Analisis Teknikal Harga Emas dan sekarang menunggu cetakan buku tersebut di keluarkan dari kilang. Buat pengetahuan anda, ini merupakan kali ke 5 buku ini di update semenjak dari tahun 2010.

Pembaharuan kali ini lebih kepada manual untuk muat turun perisian Meta Trader 4 dari broker FXPrimus,  charts yang lebih update dan juga pengemaskinian keseluruhan settings di dalam buku tersebut. Bukan major update tetapi lebih kepada memastikan para pembaca dapat memahami teknik-teknik membaca harga emas dengan lebih mudah dan pantas.

Harga nya masih sama, RM60 siap pos. Walaupun tahun depan ada GST, tapi jangan risau. Saya tak akan naik kan harga.

Anda boleh order buku ini dari saya, sekarang. Insya allah next week saya akan poskan. Dan jika anda salah seorang peserta seminar Kolej Jutawan Azizi Ali, kita akan jumpa hari Sabtu ini, 13 Disember di Dewan MCA Ampang. OK?

Terima kasih.

Analisis Teknikal Harga Emas V5
Analisis Teknikal Harga Emas V5

Rujukan terbaik untuk paras Support dan Resistance bagi pasaran gold dan silver

Salam.

Salah satu tajuk penting yang saya ajarkan di dalam kelas Pelaburan Emas dan Analisis Teknikal Harga Emas (ATHE) ialah berkaitan dengan Support dan Resistance. Di dalam kelas tersebut, saya menunjukkan kepada para pelajar saya bagaimana untuk mencari dan seterusnya melukis paras Support dan Resistance menggunakan beberapa strategi mudah.

Jika anda belum berkesempatan mengikuti kelas tersebut dan bercita-cita untuk menyertainya, maka kelas seterusnya akan di adakan pada bulan Januari 2015 (tarikh saya belum tentukan lagi). Dan sementara anda nak tunggu tu, apa kata anda dapatkan buku Analisis Teknikal Harga Emas yang saya dan Syukor Hashim tulis. Baca dulu buku tu sebelum masuk kelas. Baru lagi mantap!.

Dan jika anda adalah alumni kelas ATHE, dan masih lagi terkapai-kapai, apa kata anda buka laman web kitco.com dan cari satu artikel bertajuk “Where Are the Stops?” yang di tulis oleh Jim Wyckoff.

where are the stops

Jika anda lihat dari jadual di atas, semua paras Buy Stops dan Sell Stops (Support dan Resistance)  telah di berikan oleh Wyckoff.  Bukan untuk gold sahaja, malah untuk silver juga. Ini merupakan satu rujukan yang sangat berharga!

Berdasarkan kepada penjelasan Wyckoff,  stop orders tersebut boleh di gunakan untuk 3 tujuan utama:

  1. Meminimakan loss di dalam satu-satu long atau short position – maksudnya setiap paras tersebut boleh di gunakan sebagai paras stop loss; bergantung kepada risk yang sanggup anda ambil.
  2. Melindungi untung yang telah di buat dari long atau short position – maksudnya anda boleh menggunakan paras tersebut sebagai take profit level atau sebagai exit point sekiranya berlaku sesuatu secara ekstrim (cth: news).
  3. Membuka long atau short position yang baru – tak tau nak entry kat mana? OK. Gunakan paras support untuk buy dan resistance untuk sell. Mudah kan?

Jadi, jikalau anda masih lagi blank dan takde idea, apa kata anda tumpukan perhatian kepada artikel dari Jim Wyckoff ini. Plotkan paras-paras tersebut di dalam chart gold dan silver anda. At least ada panduan. Betul kan?

Selamat mencuba!

Faktor luaran yang mempengaruhi harga emas

Salam.

Selain dari faktor permintaan dan penawaran yang merupakan faktor asas kepada pergerakan harga semua pasaran, terdapat apa yang di panggil sebagai faktor luaran atau “outside factor” yang boleh mempengaruhi harga emas.

2 faktor tersebut ialah:

  1. USD Index
  2. Harga minyak

Apa yang anda faham tentang USD Index? Ia adalah nilai US Dollar yang di bandingkan dengan 6 major currencies dunia; Euro, Yen, Pound, Cad, Krone dan Franc. Jika USD Index meningkat, maksudnya US Dollar menguat. Jika USD Index menurun, makna nya US Dollar melemah.

USD Index chart
USD Index chart

MInyak pula di gunakan sebagai asas kepada perngeluaran di peringkat industri, seperti industri perlombongan dan sebagainya. Penurunan harga minyak, seperti yang berlaku sekarang, sekurang-kurangnya memberi impak positif kepada pelabur-pelabur yang baru hendak bermula dengan emas. Ini kerana, di dalam keadaan normal, penurunan harga minyak ber erti kos pengeluaran emas dari lombong yang rendah, dan seterusnya hara emas yang lebih rendah. (saya kecualikan faktor permintaan dan penawaran buat masa ini ye).

Jadi, selepas ini pastikan anda memperhatikan kedua-dua faktor luaran ini sebelum anda bercita-cita untuk trade emas. Saya pasti ianya akan banyak membantu!

Terima kasih.