XAUUSD 27 Jun 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

  1. Price berada di bawah 10 dan 20 EMA dan juga di bawah long term MA iaitu 200 MA. Buat pengetahuan anda, 200 MA adalah MA yang sering di lihat oleh long term investor. Jika price berada di bawah 200 MA, means most of investor akan melihat gold sedang berada di dalam bearish market.
  2. Support terdekat terletak pada $1236. Jika support ini berjaya di pecahkan, maka next support terletak pada area $1200/04. Resistance pula terletak pada area $1282.
  3. RSI menunjukkan yang ianya sudah oversold. Namun ia tidak bermakna price akan terus naik. INi kerana RSI boleh saja berada terus di dalam keadaan oversold dengan price terus menurun.
  4. Jika anda bercadang untuk memborong emas fizikal, pesan saya, STANDBY. Bagi yang pernah mengikuti kelas Analisis Teknikal Harga Emas, saya yakin anda dah nampak peluang yang bakal hadir.
  5. Bagi spot trader, any pullback ke mean reversion area adalah signal untuk sell. Anda boleh gunakan intraday chart untuk mengambil position.

Terima kasih.

XAUUSD 20 Mei 2018

Salam.

Secara teknikalnya;

 

  1. Gold telah berjaya melakukan breakout di beberapa area penting; yang pertama di psycho level $1300, yang kedua di fibonacci 50% dan yang ketiga ialah di 200 MA (hijau).
  2. Next support kepada harga gold ialah fibo level 61.8% yang berada di area $1286. Sebarang breakout di bawah area ini akan membawa harga gold ke support seterusnya di $1266; support area yang terbentuk sekitar September hingga November tahun lepas.
  3. Saya juga melihat harga gold berpeluang untuk kembali re test resistance area $1300/03 sebelum melakukan terjunan semula. Konsep mean reversion di lihat sangat penting memandangkan harga emas sudah berada agak jauh (overextension) dari harga puratanya.
  4. Melihat kepada crude oil, ia telah mencatatkan harga tertinggi $72.29. Kebimbangan saya ialah ia kini kelihatan telah pun membentuk satu rising wedge pattern. Selain itu, USD Index di lihat kukuh dan sebarang retracment adalah baik untuk US Dollar. FYI, crude oil dan USD Index adalah outside factor untuk gold.
  5. Saya bearish untuk market ini. Cuma nya, sebagai seorang spot trader, saya ingin melihat price kembali ke mean area dan akan mencari peluang untu sell di situ. Untuk peminat emas fizikal, bersedialah untuk memborong emas.

Terima kasih.

Ekstrak AM-PM Roundup 11 April 2018

Harga emas meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 7 minggu di sebabkan oleh pembelian safe haven.

Rumusan:  Harga emas meningkat ke paras teringgi dalam tempoh 7 minggu manakala harga perak pula meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 2 bulan di sebabkan oleh permintaan safe haven oleh para pelabur.

Tindakan ini adalah susulan dari komen Presiden Trump di Twitter yang memberi amaran kepada Rusia tentang kehadiran peluru berpandu US dan mengatakan yang Rusia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Beliau juga mengingatkan Rusia agar tidak bersekongkol dengan Syria; yang mana telah terlibat dengan insiden menggunakan gas beracun terhadap orang awam.

Kesan nya, harga emas telah meningkat sebanyak $15.30 kepada paras $1361.00/oz manakala harga perak pula meningkat sebanyak $0.209 kepada paras $16.805/oz.

Analisis Fundamental:

  1. Harga emas sedikit meningkat ketika ada laporan yang menyatakan Arab Saudi telah berjaya memintas peluru berpandu di kota Riyadh.
  2. Kebanyakan indeks stock market utama dunia di niagakan rendah. US stock market bermula agak perlahan tetapi meningkat sedikit di pertengahan sesi dagangan. Aktiviti pengambilan untung di lihat berlaku di stock index beserta dengan kebimbangan investor terhadap tindakan US military ke atas Syria.
  3. Consumer Price Index (CPI) US jatuh sebanyak -0.1% manakala Core CPI berada pada 0.2%. Trader juga menunggu minit mesyuarat FOMC bulan Mac yang di keluarkan pada jam 2.00 pagi tadi.
  4. Outside market: USD index di buka agak rendah dan berada pada paras terendah bagi tempoh 2 minggu. Ia masih dilihat sebagai satu corrective pullback selepas USD index mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh 5 minggu pada hari Jumaat yang lepas. Crude oil pula melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 2 tahun dan berada pada paras $67.00/barrel. Brent oil pula meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun dan mencatatkan paras tertinggi $71.00/barrel. Faktor utama yang mendorong kepada kenaikan harga minyak ini adalah US-China trade tensions dan aktiviti ketenteraan antara US-Syria.

Analisis Teknikal:

  1. Emas

Trend: Bullish untuk near term.

Target: Bull- Break dan close di atas area resistance $1375.50, Bear – break dan close di bawah area support $1322.60

Resistance: $1369.40 dan $1375.50, Support: $1350.00 dan $1342.50.

Wyckoff Market Rating: 7.0

2. Perak

Trend: Slight bullish untuk near term

Target: Bull – Break dan close di atas resistance area $17.00, Bear – Break dan close di bawah support area $16.10.

Resistance: $16.89 dan $17.00, Support: $16.515 dan $16.295.

Wyckoff Market Rating: 5.5

Terima kasih.

Sumber: http://www.kitco.com/news/2018-04-11/Gold-Surges-to-7-Wk-High-On-Safe-Haven-Buying.html